Wednesday, September 29, 2010

RESEPI NASI GORENG TOMYAM

DAH BREAKFAST SEMUA???!!!
I hari ni tak posa 6... sebab malam tadi malas nak bangun sahur..

breakfast kami pagi ini ialah NASI GORENG TOMYAM.... yg "sangat
sedappppppp Ma"...kata Shashal (bukan I yg kata ya).
abaikan tentang si kaki & tangan comel yg enterframe dlm photo ini...

ini pula tomyam... actually ini
menu malam tadi... now dah abis...

Baiklah puan2..... bagi yang tak tahu bagaimana untuk memasak nasi goreng tom yam.... mari tulis apa yg I nak cakap ni......

Bahan-bahan :

Nasi semalam - 3 pinggan
Bawang merah kecik - 7 ulas
3 ulas bwng putih
segenggam ikan bilis
belacan 2 inchi
1 btg serai
daun limau purut
2 sudu kecil tom yam paste
suka ati nak bubuh cili padi ke tak nak ke.... bergantung kpd citarasa anda... kalau bubuh
lagi sedap berapi2!!!

CARA :

1) Tumbuk dlm lesung segala bwng2, ikan bilis, belacan dan serai hingga lumat. Serai dipotong2 bulat terlebih dahulu.... Masukkan garam dan tumbuk lg.
2) Tumis bahan yg ditumbuk, masukkan tomyam paste, campakkan hirisan daun limau purut..... biar kekuningan dan naik bau...
3) Masukkan nasi putih.... kacau2 hingga tak berketul nasi tersebut. Then masukkan la perasa sikittttt je.
4) Tunggu hingga keluar asap di celah2 nasi atau hingga nasi betul2 garing barulah diangkat.

*** ada sesetgh org bubuh kicap..... pada I, I rasa mcm ni pun dah ok....
binatang2 (pinjam perkataan Mummy Gee) yg perlu dimasukkan ialah : udang dan ayam.... (jika suka dan rajin).


Older post : Kisah yang mengaibkan tetapi.............(klik sini untuk cerita selanjutnya).

INFO2 LAIN :

Astagfirllahalazimm......(istighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari ~ utk elakkan kita nyanyuk).

Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

6 comments:

  1. MM..sedapnye nak cikit lapo ni tak lalu makan huhuhhuhu

    ReplyDelete
  2. JS ~ Jom ler makan... ada byk lg ni.. huhu!!!

    ReplyDelete
  3. pergh akak. merah pekat tomyam tu. super spicy x akak? fie suka yg super spicy.

    ReplyDelete
  4. FIE - Akak pun suka yg super spicy...cili padi berapi2 baru la umph!! Klu tak..tak berapa kick la...Tapi semalam malas nak petik cili padi kat belakang rumah sbb hujan.. jadi tak pedas sgt.. lagipun bebudak yg makan... itu pun diorg kata sedap padahal akak rasa biasa je. Hahaha...

    ReplyDelete
  5. MM - nak buat nasi goreng tomyam yg lagi mudah?
    Bahan2:
    - 3 pinggan nasi semalam yg tak habis
    - 1 mangkuk tomyam semalam yg tak habis (buangkan kuah dia dan ambil binatang2 je)

    Cara:
    1. Panaskan minyak, pecahkan telur dan campak lebihan binatang2
    2. Masuk nasi + garam + perasa
    3. Dah siap.... hehhehe

    Ada berani nak cuba???

    ReplyDelete
  6. Thanks Mummy!! Lagi mudah plak... wah! boleh la cuba nanti. Itu pun kalau byk lebihan BINATANG2 dlm tomyam tu di keesokan harinya..

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...