Wednesday, October 13, 2010

NASI BERSUSU (PUDING NASI)



Menu ini popular di Sepanyol. Di India, ianya juga popular tetapi instead of serbuk kayu manis mereka menggantikannya dengan serbuk Kapulaga dan kismis. Kalau tak biasa makan, seeloknya tak payah la mencuba.... tetapi jika uoll inginkan kelainan dan ingin merasai masakan negara-negara lain... boleh la mencubanya. I rasa I pernah makan secara tak sengaja.... (eh ada pulak tak sengaja)..... memang sedap!! maybe sebab masa tu I tersangat lapar... dan bilamana my collegue meminta I mencuba apa yang telah dimasakannya itu... I pun makan tanpa was-was. :) Tapi sedikit taburan almond cincang menyedapkan lagi masakannya itu... apatah lagi kami makan di atas daun pisang.


BAHAN-BAHAN


150 gm gula
150 gm beras
Susu 1000 ml
kulit kayu manis
serbuk kayu manis
titisan lemon

CARA

1) Tuangkan susu ke dalam periuk, campakkan kulit kayu manis dan titisan lemon.
2) Didihkan then ketepikan kulit kayu manis tadi.
3) Masukkan beras yang telah ditoskan airnya. Tutupkan dan masak dalam lebih kurang 20 minit.
4) Bubuh gula dan masak lagi 20 minit dgn api kecil.
5) Bila dah masak..... sendukkan ke dalam pinggan dan taburkan serbuk kayu manis ke atasnya.

* Boleh juga bubuhkan scramble egg di atasnya.... ikut selera anda.

No comments:

Post a Comment

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...