Monday, October 11, 2010

Bagaimana Sepatutnya Seorang Pengantin Itu Beraksi?


Bayangkan begini keadaannya......

Anda menghadiri jemputan perkahwinan seorang teman rapat..... berbondong-bondong dari kejauhan....Memang jauh beribu batu la kononnya... kalau tak kerana mengenang dia teman rapat, anda pun tak akan pergi ke pelusuk dunia macam tu.. menggalas beg besar yang sarat (bawak hadiah Corelle kononnya kan...).... sampai di destinasi.... teman anda (pengantin perempuan) dengan solekan raja sehari dan alunan kompang turun ke tanah.... anda exited la kan.... dah 20 tahun tak jumpa, rasa macam nak peluk cium je......pastu dek kerana menjaga adat dan tatasusila..... si X (pengantin) ni.... tak dapat berdailog dengan anda.... senyum pun control2 cun je..... apa reaksi anda? Dah la nak masuk kampung tu pun merentas 7 sungai dan lautan... dah jumpa macam ni dia wat dekkkk je...... (cerita ini hanyalah rekaan semata-mata sebagai satu contoh = tiada kena mengena dgn yang hidup mahu pun mati).

Mana satu anda suka?????

Keadaan si X control cun kerana adat (adatnya pengantin kena control cun dan tak boleh bercakap sgt semasa jadi raja sehari ) atau si X beramah mesra dan menyapa anda di tengah keriuhan majlis lalu sudahnya orang2 sekeliling sok sek sok sek....

"overnya pengantin tu.... patutnya jadi pengantin kena diam2 je la... ishhh tak manis la macam tu".

p/s : pada I tak kisah la orang tu nak senyum-senyum riang dalam majlis tu...... suka ati dia la... dia ramai kawan untuk disapa... nanti kalau muncung je orang ingat dia tak bahagia pulak dengan perkahwinan tu..... Lain la kalau dia menjerit terpekik sampai satu balai tu dengar.... Ish ishhhhh...... entah la... sama ada I yang brutal ke atau I dah lupa macam mana sepatutnya seseorang raja sehari itu???... I pun confuse.... Kalau uoll macam mana?

12 comments:

  1. hehe time nana dulu.. hehe excited gile jumpa member2 lama.. time nak kuar umah g jumpa pengantin lelaki depan umah.. siap jelir lidah lagi kat member.. terus mak andam tegur.. hehe ..lupa plak time tu tgh nak bersanding.. hehe... isk2... anak sapa ar kan? janji dah kawen.. haha

    ReplyDelete
  2. Hahahaha..Nana.. lagi dasyat!!! Mcm I nasib baik mostly member2 dtg time I tgh bersolek kat bilik...ada la masa utk berbual2.

    ReplyDelete
  3. berpada2la..nanti kalau over org kata gedix pulak.. opssss..sensetive ayat ni..

    tapi aku pernah terkena member sekolah kita yg dah lama x jumpa & aku cuti semata2 nak gi kenduri kawin dia tapi nan adooo layanannya.... tapi aku fikir yg positive je..aku anggap dia busy nak posing2 ambik gambar... hahahahaha....

    ReplyDelete
  4. COMEI - itu la pasal... sebab tu la aku tak berapa setuju dgn komen2 kat satu blog/forum yg kata bini "idola" aku tu over sengih masa dia kawin... pada aku baik dia sengih2 mcm tu dpd masam muka pastu mengecikkan ati kwn2 dia yg dtg dr jauh dan dekat.

    Eh aku klu kena mcm ko pun aku kecik ati... tapi rasa2nya aku pun pernah kena... hahahaha.. pada aku biar dikata gedix dpd tak meraikan tetamu.

    ReplyDelete
  5. kalau sara plak masa kawen dulu... kalau tak sempat nak sembang2...senyum2 n lambai la dr jauh... hari tu mmg senyum sampai telinga tak de nak control2 dah...hehe dah malam baru rasa lenguh pipu...hehehe

    ReplyDelete
  6. SARA ~ lambai2 ala Miss World kan.. ha mcm tu la...kalau serious je..tak best la...kengkawan dah la dtg dari jauh nk tengok kita.

    ReplyDelete
  7. sayer kahwen taun 90an tapi konsep dah macam 70an dah..hampeh punyer mak andam nyampah tgk album kahwenn..hahaha salahkan mak andam pulakk..

    salam kenal yer..rase macam pestime singgah sini ker dah pernah singgah dah..hahaha..

    ReplyDelete
  8. Salam kenal Shi3la.... ya mmg first time u dtg sini..thanks singgah....selalu2lah dtg menjenguk.. :)
    Ok la tu konsep 70an pun cantik kan..ala2 Uji Rahsid & Tok Pah.

    ReplyDelete
  9. raja sehari biasanya control ayu n senyum jer kan miss mirror.
    kita dulu masa sanding rasa lenguh jer senyum2 n tayang gigi

    ReplyDelete
  10. MUMMYSHANE ~ memang lengguh2 pipi I... rasa dah tak larat dah nak senyum.

    ReplyDelete
  11. HANI ~ thanks dear! Hani setuju kan bahawa .. biar dikata gedix dpd dikata sombong! ;)

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.