Tuesday, November 2, 2010

AMALAN UNTUK MENDAPATKAN ANAK DAN TIP UNTUK KAYA



Readers and followers...

Salam..



Hari ini I baru saja mengupdate tip ke 12 tentang amalan-amalan untuk mendapatkan zuriat (untuk tip 1 - 11 - sila rujuk di entry terdahulu) . Sebab baru-baru ini ada keyword dari anda bertanyakan tentang doa mendapatkan zuriat. So beginilah amalan yang harus anda lakukan ya puan-puan.


12) Bacalah Ya Mussawwir (antara nama-nama Allah yg maksudnya = Yang Maha Menjadikan Rupa Bentuk)... ikhtiarkan ini dgn berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air dan bacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 kali, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi suami pula, hendaklah berbuat demikian tetapi hanya perlu berpuasa selama 3 hari shj. Then bila waktu hendak "bersama", bacalah zikir ini
sebanyak 10 kali, insyaAllah akan dikurniakan anak yg soleh. Ameen.

Baiklah..... itu apa pulak ada gambar kereta dan mahligai tu?? Itu adalah angan-angan?? Salah...

Itu adalah doa sebenarnya... bukan angan2. Ada seorang jutawan, sebelum beliau bergelar jutawan beliau suka membuat replika-replika kecik berbentuk banglo dan kereta dan diletak di sudut yang boleh beliau lihat (di atas meja kerja). Akhirnya beliau telah menjadikan ianya satu sumber motivasi dan berusaha menggarapnya dan Allah merealisasikannya di alam reality. Alhamdulilah.



Teringat suatu ketika dulu masa tu I belum ada anak lelaki..... tiap hari I melukis katon 2 dewasa, 2 kanak2 perempuan (Ain & Qistina) dan seorang baby lelaki (yang belum diberi nama)... tak tahu kenapa I terlalu asyik melukis katon ketika itu (jgn tiru aksi ini sbb my dad kata melukis gambar fizikal manusia, nanti meminta nyawa di akhirat... tu yg I takut.... tak tahu la tanya la Ustaz ya.... tapi kekadang I melukis sbb dah minat sgt).... bila Shashal dilahirkan..... I kembali melihat lukisan tersebut dan tersenyum sendirian dan berkata di dalam hati....

"Subhanallah....miraclenyaa.......Alhamdulilah Allah Maha mendengar dan melihat.... Walau tidak dizahirkan dan hanya melalui lukisan....semuanya Allah makbulkan. ". Begitulah ajaibnya kekuasaan Allah.... mintalah apa saja... pasti ditunaikan, sama ada cepat atau lambat je.... Begitulah hubungkait gambar-gambar model kereta /mahligai itu dan bagaimana jutawan tadi akhirnya menjadi jutawan setelah hari-hari melihat replika kereta di depan matanya.... dan bagaimana fungsi subconscious mind dalam kehidupan kita. (sila google sendiri).

p/s: So, no wonder la kalau ada di antara teman-teman I yg suka membubuh gambar2 kereta mewah di avatar FB mereka. Tapi kalau yang bubuh gambar artis tu apa pula maksudnya? Ada angan2 nak kawin dgn artis tu ke? lol...

6 comments:

  1. KALAU TIAP HARI BERANGAN JE BOLEH KE?????? :P

    ReplyDelete
  2. MEI - sambil2 berangan tu ko kerat la gambar2 yg ko angankan tu... tuliskan semua angan2 ko tu kat kertas dan simpan dalam dompet. At least 5 angan2... Asal L tak terkejut bila bukak dompet ko dah la ya..hahahaha

    ReplyDelete
  3. hahahaha!!!!!!!1...... aku nak gelak takut t isteri aku kata apa lak dah dinihari ketawa sorang2....so aku menzahirkannya dengan tulisan...

    berangan dan angan2.... apa bezanya yek?...

    sam buat satu n3 pasal ni

    ReplyDelete
  4. BB - Weyyy... mende yg ko gelak sgt tu???!!

    Berangan dan angan2? Ada beza ke? Ok la...nanti aku rujuk Kamus Dewan utk buat satu n3 ttg ini... next week aku buat ya... insyaAllah.

    ReplyDelete
  5. salam..

    boleh juga mengamalkan surah Al-Waqiah :)

    ReplyDelete
  6. ya betul tu dot dot...(mmg mcm tu ya nick u?). Rajin2 baca surah al-waqiah & buat solat dhuha.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.