Friday, November 5, 2010

Bila Tetiba Best Friend Meluah Cintanya Pada Anda.....

Pernah tak uoll menerima lamaran cinta dari best friend sendiri?? Lepas tu u tolak.... dan dia bersedih hati lalu menghilangkan diri.......

Baik-baik dah bersahabat karib terlalu lama.... dari mula mengenal ABC, naik basikal sama-sama, mengulangkaji pelajaran sama-sama, main galah sama-sama.... tetiba hanya dengan 3 perkataan "aku sukakan kau" terus hubungan jadi dingin sebab cinta tak bersambut.... sedih tak macam tu? Sedih aje kan....

Memang agak payah menangani..... Jadi anda2 yg tetiba timbul perasaan CINTA kpd best friend sendiri tu....sebelum terbuka mulut untuk meluahkan rasa, pada pendapat I.... elok la anda siasat dulu berakar umbi.... cuba minta jasa baik orang ketiga untuk siasat sama ada si dia tu dah bersedia untuk bercinta ke tidak, ada perasaan dgn anda atau dia anggap u macam teman-teman yang lain. Untuk permulaan.... buat la hint2 dulu....

Tapi kan.... percintaan yg dimulai dengan persahabatan sebenarnya lebih kukuh dan natural.... sebabnya perhubungan akan jadi lebih santai. Ya la.... cuba uoll bayangkan la macam mana uoll berhadapan dengan seorang best fren.... mesti hu ha hu ha....dan tak control2 cun/hensem kan? Tak bersolek pun takpe..... kalau nak kutuk pun terus kutuk direct je... takde selindung2 lagi dah.... maksudnya di sini..... perhubungan itu berlangsung dengan jujur dan dia boleh terima u seadanya..

Sekadar Gambar hiasan : Mila tanpa solekan...



sahabat baik>>>>>> >percintaan>>>>>>>>pernikahan

Ramai teman-teman baik I yang telah melalui 3 proses di atas berakhir dengan bahagianya hingga ke jinjang pelamin.


Buat anda yang ada hati dengan best friend sendiri tu.... harus diingat, jgn menaruh harapan terlalu tinggi. Perasaan orang tidak boleh dipaksa-paksa. Kalau dia menunjukkan respon negatif... terima la dengan hati terbuka dan buat la macam biasa....

Kalau yang perempuan pula.... selagi yang anda admirekan itu tak meluahkan rasa.... Jgn sekali-kali menunggu bulan jatuh ke riba. Jangan nanti anda yang perasan lebih, bertepuk sebelah tangan rupanya.. sudahnya tunggu punya tunggu, si dia kawin pula dengan orang lain... anda yg merana. Nak salahkan dia pun tak boleh sebab memang dia cuma menganggap anda hanya sebagai seorang sahabat baik. Kebijaksaan anda diperlukan di sini untuk menilai hati budi orang supaya apa yang anda tafsirkan tidak tersasar dari kisah sebenarnya.

Semoga anda semua gembira melalui kehidupan anda.







6 comments:

  1. fie pernah melalui pengalaman neh akak. masa form 4, kitorg 1 kelas, rapat, lepas tu tibe2 dia ckp gtu. terus jadi macam sangat dingin.

    ReplyDelete
  2. Fie - hahahaha... kesian kan? Baik2 best friend terus jadi dingin... tu la..mmg ada 2 kemungkinan di sini, sama ada hubungan makin rapat (sbb cinta bersambut) atau makin jadi sebaliknya (sbb cinta ditolak).

    ReplyDelete
  3. sebenarnya yang nak luah perasaan tu kena be prepared. Tak boleh nak yakin sangat yang dia akan terima. So kena lah jadi matang dalam membuat keputusan.

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...