Saturday, November 6, 2010

Dia Nak Tukar Emak.....

Ternyata hari ini I memerap di rumah lagi.....

Selepas menyudahkan kerja-kerja membasuh pinggan, membuat cengkodoq yg tak berapa lazat (yg nyata bukan kegemaran I sebab berperisa manis~ ilham anak pompuanku gara-gara I pernah membuatkannya cengkodoq manis secara tak sengaja dari tepung pan cake... terus jadi menu favouritenya hingga kini).... berkat air tangan ibu semuanya jadi lazat belaka.

Mengasuh 3 orang anak dari mula lahir hingga kini banyak kenangan pahit manis telah dilalui... satu kepuasan melihat mereka membesar di depan mata. Moga mereka gembira punya mama sepertiku... walau maybe banyak yg kurangnya pada diri Mama.... terima sajalah segala kurniaan Allah kepadamu... Allah telah pun menuliskan di loh mahfoz lagi Mama adalah ibunda kepada uoll bertiga dan isteri kepada ayahandamu.

Paling melucukan satu hari tu anak I bercerita dengan ayahnya.... seorang temannya di sekolah berkata begini kepadanya :

"Eh emak awak masih muda ya? (Masa tu memang I muda lagi la... now dah tua)... Bestnyaa... Kita nak tukar emak kita dengan emak awak la"... hahahaha..... I yang terdengar penceritaan 2 beranak tersebut berderai ketawa. My IRP tersenyum sinis memandang I.... sedikit mencebik.

Nak tukar emak? Hahaha.... Kecik ati tau kalau emak awak dengar dik oiii..... Biasalah kan... budak-budak.... kadangkala dailog sesama mereka memang melucukan.

Ok lupakan kisah itu.... tadi I terjumpa satu ayat untuk mendisiplinkan anak, tapi I nak copy ayat jawi yang bertulisan rumi rasa berdosa pulak sebab menurut seseorang, Haram (betul ke?) menuliskan ianya dalam rumi??? Entahlah... kalau dah macam tu... baik I tuliskan maksudnya saja. Moga kita dapat manfaat darinya.

Maksudnya: “Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa


3 comments:

  1. MM, hari ni pun hany memerap kt umah jguak ;)

    ReplyDelete
  2. nak tukar emak?hehehe.budak2 nie macam2 kan.dia tengok mak org still cunn dia nak tukar pulak.hehehe

    ReplyDelete
  3. HANY - career woman bila sekali sekala memerap kt rumah tentu rasa relax kan..

    MOMYSHANE - hahaha.. lucu je kan..

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.