Saturday, November 13, 2010

Nostalgia Zaman Sekolah - sambung-sambung lagu..

Malam yang sepi pi pi....
Miss Mirror masak capati ti ti ti...
Capati yang masam sam sam sam
Miss Mirror masak pekasam
Pekasam yang basi si si
Miss Mirror masak nasi
Nasi yang mentah tah tah
Miss Mirror lalallaa (ha sambung la)....


malam ini suasana tak la sepi sangat....
tapi sejuknya sampai ke tulang sum sum...
tak tau la kenapa...
maybe salji nak turun ...
kita tunggu ya... boleh la main ski sama2..
hehe...


capati utk supper... jemput makan..
kuahnya tak berapa sedap... maybe orang tu
terlupa dia ingat resepi kari tu sama dengan
resepi tomyam... Masam yang amat!!
apa2 pun syukur atas apa jua rezeki yg diberi
oleh-Nya...


Oh ya lagu Malam Sepi dlm lirik di atas tu
actually digubah mengikut rentak lagu MALAM YANG GELAP..
ingat tak lagu gubahan kanak2 tu?

Malam yg gelap lap lap...
Pak Mat jual kicap cap cap..

Teringat dulu time kami buat aktiviti perkemahan badan beruniform di sekolah...
ada satu lagu ni... lagu GORENG PISANG..pun dilagukan secara bersambung-sambung.

Rangers VS Pengakap

(of coz rangers terdiri dr budak2 pompuan dan pengakap semua budak laki2)..

So, memang agak gamat bila memasing mempertahankan kumpulan memasing
dgn sambungan lirik lagu secara spontan... sapa yg tak dapat menyahut lirik lagu tersebut telah didenda pada masa itu...
~dendanya apa? memang pahit untuk dikenang semula di sini... biarlah kusimpan di dalam dairy...
sob sob sob..... huaaaaaa!!!!!

(rasanya ramai yg tahu rentak lagu ni)


Goreng pisang...goreng pisang
goreng pisang sekarang
pisang apa... pisang apa... pisang apa sekarang?

Pisang emas...pisang emas ... pisang emas sekarang..
emas apa...emas apa... emas apa sekarang?

Emas 916... emas 916... emas 916 sekarang
916 apa.... 916 apa... 916 apa sekarang??

Ha kalau pandai sambung la... :P

Selamat berhujung minggu semua!!! Enjoyss!!!







3 comments:

  1. 916 apa..916 apa..sekaranag...
    sembilan satu enam jahanam sekarang...hahhahaha ok tak sambung cam tu.

    lagi satu lagu tu kan.x tau MM pernah denagr ke tak...

    lihat kebun ku ku ku
    penuh dengan bunga nga nga
    ada yang putih tih tih
    dan ada yang merah rah rah

    ReplyDelete
  2. ha pandai pun Mama... dari mlm tadi takde yg sanggup menyahut cabaran tau!

    Oh lagu KEBUN tu? Tau...tau..

    ..sambungan dia mcm ni kan?

    setiap hari ri ri
    ku siram semua a a
    mawar melati...semuanya indah.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.