Saturday, November 20, 2010

Rahsia tentang SEO dan calculator aku...


Hari tu Mummy Gee ada menegur I sebab bawa calculator dalam beg balik kampung kami.... actually ada rahsia di sebalik mengapa calculator itu terwujud di situ..... nak tahu tak rahsia di baliknya? Nak kira bonus? Kira duit nuffnang? Emmm kira jumlah traffic?? Kira hutang???

?
?
?
?
?
?
?
?
?
SALAH!!!!! Yey!!! Anda salah..
hadiah kereta ditarik balik!!!

Jawapan sebenarnya ialah I membuat sesuatu yang I sendiri tak praktikkan dalam berblog.. "tentang SEO dan pengiraan keywords".... Pada hari tu je I konon2 rajin sangat nak buat pengiraan... Uoll ingat bila dah menulis kemain laju macam ni (laju la sebab sedang membebel) kita ada masa ke nak buat pengiraan berapa jumlah perkataan yang kita dah tulis? Pastu nak bahagi lagi.... pastu nak darab lagi... pastu kalau tak ikut piawaian yang ditetapkan oleh mesin carian mbah google, kita delete plak mana yang terkurang... oh!! not me!

Tapi.... kalau uoll rajin.. uoll buat la ya.... di sini I kongsikan cara-cara pengiraannya...

contoh : keywords = 6 patah perkataan, jumlah keseluruhan perkataan dlm entry = 100

(6 keywords bahagi dengan 100 patah perkataan) darab dengan 100 (percentage) = ketumpatan keywords density anda.

6/100 x 100 = 6% (maksudnya di sini ketumpatan adalah terlebih sebab untuk menjadikan entry anda mesra di engine carian, ketumpatan keyword density anda adalah dalam lingkungan 3 - 5 sahaja, tidak boleh lebih tidak boleh kurang... gitu la ceritanya)

Uoll praktikkan la ya... kalau traffic meningkat jangan lupa belanja I........ GUCCI SUNGLASSES!

4 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.