Saturday, November 6, 2010

Sangkakan Tak Jadi... Rupanya Jadi Lepat Labuku itu....


Patut macam ni rupa lepat labu yg I buat tadi tu...... tapi terkurang tepung la org tu bagi resepi.... uoll tambah2 la tepung ya pada adunan tu... biar tak lembik sangat... Kelapa parut jangan lupa beli untuk inti lepat ini ya... baru la sedap.... kukus selama lebih kurang 20 minit.

Melenyek labu tidak la seteruk melenyek keledek sebab ianya lembut sahaja ya puan2... pakai garfu pun boleh. Oh ya... harga separuh labu ialah RM3.80 di pasaraya terkemuka. Adalah lebih praktikal jika anda teringin sgt nak makan... anda beli saja yg ready made kat bazaar (itu pun kalau ada orang jual). Separuh labu tadi dapatlah dlm 8 keping lepat...

Walau apapun... I tetap suka lepat labu yg I buat ni.... memula I sangka langsung lembik dan tak menyelerakan.......rupa-rupanya....lepas I biar lama sikit dan sibuk kacau kengkawan di Fb.... mundar mandir sana sini dan lepat tu menyejuk..... jadi juga rupa2nya....
ni la rupa dia.... huduh tapi sedap...



Kenapa kau huduh ha lepat??? Tu la time orang dah nak maghrib baru nak sibuk buat.... suami dan anak-anak dah lapar belum dinner lagi, sambil menyiang ikan cencaru masak sambal.... sambil menyidai kain... Sambil mengemop dapur yg basah.... sambil nak mandikan si Shashal yang merengek.... Hujan pulak turun.... daun pisang yg dipetik tak berbaki, adunan lepat ada sesenduk lagi..... malas nak petik lagi.... langsung lebihan tepung tu I masukkan dalam acuan pai dan kukus sekali... jadilah bingka. Begitulah ceritanyaa...

3 comments:

  1. salam kak MM

    ya ampun...ayu blogging dgn mata yang penuh dgn kantuk..pandang lepat labu kat bawah...

    baru sedar ayu belum makan lagi dari jam 2 petang...
    lapor..

    ReplyDelete
  2. Ayu - Baik gi makan skrg... nt.. tak pepasal dpt gestrik plak.

    ReplyDelete
  3. nak jugak lepat labu tue...waaa...

    pasti dah habis kan skrg...uhukkk...

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.