Monday, November 29, 2010

Dapat balasan di Tanah Suci kerana TERmengendap orang.

Fobia!!! Memang fobia.... tiap kali nak masuk wash room kapal terbang je mesti I fobia...


Alkisahnya.... kisah ini berlaku masa penerbangan ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah... Uoll boleh imagine kan macam mana keadaan pintu bilik air tu kan?. Bila penanda di pintu itu bertanda merah bermakna ada orang, bila hijau (vacant) bermakna tiada orang... semua itu ada tertulis di situ.


So.... oleh kerana masa tu I tengok pintu bilik air tak berkunci dan bertanda hijau... I pun redah je la... pastu.... Ya Allah!!! Oh no!!!!!!. Hahaha...



Nasib baik la jejaka tu tidak menghadap ke pintu... jika tidak...... malunyaaaa!!! Cepat-cepat I berlari pantas ke tempat duduk semula... dgn harapan pemuda tadi tak terperasan.


Tak lama lepas tu I nampak kelibat lelaki tu keluar.... I buat-buat tak faham... rasa2nya dia pun tak perasan yang tadi I terbukak pintu masa dia sedang &^%%(*^^^ .... so tak perlu la meminta maaf... :P hik hik... ahhhh malunyaa!!!!!


Pastu... entah macam mana.... second time I terkena lagi.... ishhh entah apa la malangnya.... tapi bukan la dengan jejaka yang sama.... Tu la yang I pelik tu... diorg ni tak faham cara-cara nak tutup pintu bilik air tu ke? Tak pepasal tau kerana salah they all dah ketumbit mataku... serious.. ini bukan tipu... sampai je di Mekah.... mataku ketumbit.... sakittttt berdenyut-denyut.. dalam lebih kurang 2 hari I menderita ketumbit, nak sujud pun sakit...tapi redah je lah, dah kifarah... hehe..


Sembuhnya ketumbit tu uoll nak tau macam mana? Dengan izin Allah SWT ada sorang lelaki arab yang berjualan berdekatan dengan masjidil haram hidangkan air teh.... pastu dia pelawa la I kan... tanpa teragak-agak terus I minum je air teh tu walaupun tak haus.. (sepanjang di kota suci itu... apa yang orang hulur I anggap UBAT... padahal kalau kat Malaysia...jgn harap la aku nak minum apa jua benda pemberian org yg aku tak kenal.. sure korang pun mcm tu kan?).


Once I minum je, dengan izin-Nya... serta merta itu juga, mataku terus menjadi terang benderang... I raba2 mata I, ketumbit dah sirna.... Alhamdulillah.... memang miracle....




Jadi sebagai pengajaran kepada kita... tutuplah pintu bilik air ya.... kesian, org2 yg tak berdosa itu.. :D di bawah ini I sertakan cara-caranya... supaya tiada lagi jemaah kita yang ketumbit matanya... hahaha...



11 comments:

  1. smpai 2kali mm kena..ishh ape ke susah benor nk kunci pintu kan...

    seb baek cepat sembuh kan...

    ReplyDelete
  2. mengingatkan fie masa 1st day of orientation di unitar. president mpm, lelaki, masuk bilik air x tutup pintu. lps kejadian tu, fie mcm malu gila nk tatap muka dia. but since then kan, jadi kawan baek trus.

    ReplyDelete
  3. Hany - tu la yg pelik tu... 2,2 lelaki plak tu...

    Fie - hahahahaha (kuat akak ketawa ni Fie)... sib baik Fie pun ada pengalaman sama... jadi tak la akak termalu sgt... Fie lagi terlebih bengang kot sbb org tu Fie kenal...

    ReplyDelete
  4. Hehe...golak jap....tapi memang risau gila kalu nak wii wit ke o'ok' ke dlm penerbangan..Tandas kecil, muat2 duduk jer. pastu goyang2 gak skit...bunyi semacam aiyooo pintu pun tak expert nak tutup...adooiii.. jgnlaaa terkena terketumbit cam tu...

    ReplyDelete
  5. ayu tak pernah naik kapal terbang,

    tq syer pengalaman yer MM

    alhamdullilah, ada juga jalan penyelesaian nak ubatkan ketumbit tu..syukur...itulah rahmat tuhan beri pada MM

    ReplyDelete
  6. AYU ~ selalu bila org tua ckp "jgn ngendap nanti kena ketumbit"... ingatkan memain... tapi maybe sbb cuaca terlampau panas kot kt Mekah.. tu yg kena ketumbit.. klu Qisas pun MM redha je sbb Allah dah bagi penawarnya... alhamdulilah.

    ReplyDelete
  7. isy2..huhuk..bahaya tu..tp peristiwa ni pun jadi pengajaran kat diri sendiri, supaya kunci pintu tandas tu elok2, buat jadi macam kat atas ni, x ke naya...aduhai...

    ReplyDelete
  8. dia takut takleh bukak semula la tu..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.... betul tu, tp akhirnya memalukan diri sendiri. :D

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.