Wednesday, December 8, 2010

BERTEMU UNTUK BERPISAH ~ Takziah


Tadi Comei tertanya-tanya ke mana menghilangnya I..... Sebenarnya pagi tadi perumahan I ni blackout.. Ada hikmah di sebalik semuanya tu..... bermangkuk-mangkuk masakan I masak hari ni untuk hilangkan kebosanan. Bosan seh takde karen... tapi bosan lagi kalau tak de air kan.

Masak dalam kepanasan dan kegelapan (dapur I ni gelap sikit bila tak on lampu). Nak masak pizza pun kansel sebab oven I ni guna elektrik.

Cik Abang I plak telefon, sahabat lamanya meninggal dunia pagi ni. Terkejut I sekejap. Begitu cepat masa berlalu. Jika 10 - 13 tahun lampau pertemuan jejaka-jejaka itu untuk menyambung silaturahim yang kian lama terputus (reunion sekolah) di mana masing-masing mengucap Selamat Pengantin Baru sebab masing-masing baru saja dikurniakan jodoh ketika itu, reunion berikutnya ucapan tahniah atas kelahiran cahayamata masing-masing...... tetapi hari ni pertemuan untuk sebuah perpisahan yang abadi.

Begitulah cepatnya putaran roda. Reunion demi reunion dihadapi... keadaan kian berbeza. Jika dahulu masing-masing bertanya... siapa yang akan berjodoh dahulu. Bila dah tua-tua begini... pasti yang terdetik di hati... siapa yang akan "pergi" dahulu.

Buat sahabat-sahabatku yang telah pergi menghadap Illahi. I panjatkan doa buat mereka. Al-fatihah. Buat balu kepada teman suamiku itu... semoga tabah menghadapi dugaan ini.

8 comments:

  1. Al-fatihah.. salam takziah. walaupun susah nak menerima kehilangan orang tersayang buat selamanya, tapi kita kena terima hakikat setiap manusia akan menemui kematian.

    salam perkenalan kak ^^

    ReplyDelete
  2. T.kasih DYA bagi pihak suami akak. Salam perkenalan. :)

    ReplyDelete
  3. Innalillahiwaiinilaihirajiun..semoga sabar menghadapi dugaan...
    Alfatihah..
    arini kite tak masak miss mirror..
    terpaksa pegi RSAT kat KEMENTAH...
    maklumlah dah tua2 ni kena selalu gi checkup...

    ReplyDelete
  4. CUTEOVEN - thanks.. or arini cuti masak ya? Ok la tu utk check up.

    ReplyDelete
  5. MM..

    adakah sama? arwah niaga pasar lambak
    anak arwah masih kecil dalam usia bulan...
    sekarang balu tengah mengandung lagi

    arwah suka memancing..

    ReplyDelete
  6. Ayu ~ yup! 100% sama spt yg Ayu katakan... kami panggil dia B, nama sebenar H. Tadi balu dia berbaju warna hijau.

    ReplyDelete
  7. tak sangka...

    betul tu..rumah arwah sebelah masjid hadapan tanah perkuburan...

    kak dh ke rumah CMG rupanya....
    balu org taib andak...

    arwah nama penuh hamdan ibrahim.

    ReplyDelete
  8. Ayu ~ ya la.. tak sangka plak rupa2nya B (Hamdan) abg kpd CMG.. Akak tak dpt pegi hari ni...sbb hubby akak terus pergi dgn kawan dia dari tempat keja sbb nk cepat.

    Memang arwah seorg yg baik. Last reunion raya tahun lepas.. tak sangka itu pertemuan terakhir diorg. Tu yg sgt mengejutkan tu Ayu.

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...