Sunday, December 12, 2010

Have you ever pulled an all nighter for no reason?


Jika uoll tanya I... I akan jawab pernah... iaitu malam tadi. Entah apa la yang buat I berjaga malam tanpa sebab-sebab yang konkrit. Meronda dari satu blog ke satu blog, menunggu teman-teman blogger di dashboard mengupadte blog. Bila ada cerita-cerita sensasi I klik dan baca sampai habis. Ada yang I tinggalkan jejak... ada yg berjalan sekali lalu.

Oh ya... sebelum tu menonton cerita Do Re Me.... Berulang dah menonton cerita P.Ramlee tu... tapi masih lagi bergelak sakan tiap kali menontonnya. Melihat kesungguhan 3 jejaka itu berniaga demi untuk sesuap nasi menarik minat I... menjual ubat di jalanan. Susahnya orang dahulu kala mencari duit. Syukurlah di zaman milinium ni Allah SWT turunkan kita pelbagai kemudahan... antara kita nak dengan tak nak je.

Sebut tentang berjaga malam, memang la tak baik untuk kesihatan dan kesannya ke atas proses-proses penuaan. Tetapi jika 1 jam esok lebih berharga dari 4 jam hari ini.... bukankah kita harus lakukan semuanya itu? Contohnya kalau esok ada exam besar. Atau bagi anda yang bekerja, esok ada presentation. Of coz anda tak kisah korbankan 4 jam berjaga malam untuk menyiapkan semua projek-projek yang terbentang di depan mata kan?

Paling teruk I berjaga malam ialah masa Ain menghadapi UPSR tempohari.... Bukannya apa pun... I takut tak tersedar awal (jam loceng pun kadang tak dapat membantu). That's why minggu peperiksaan Ain adalah minggu berjaga malam. Time tu memang serf. internet je la sepanjang malam.... bermula dari pukul 2 pagi (of coz kena tidur dulu sebelum tu) selain hal-hal lain yang berfaedah seterusnya bila jam menunjuk ke angka 5 pagi... terus siapkan sarapan untuknya.

(kejadian seorang hamba Allah yang genius tetapi menghadapi tekanan jiwa kerana tidak menghadiri exam akibat ibunya tak mengejutkannya menjadi pengajaran berharga buat I)

Kalau ada baby kecik, berjaga malam adalah rutin hinggalah budak-budak tu masuk ke usia 3 tahun kot baru hidup kembali normal.

Bagaimana dengan uoll?





Untuk masalah sebutan sila klik sini.

2 comments:

  1. sya pernah cuma tidur 2 jam jer dlm masa 4 hari. masa tue, final exam. paper susah2 berturut2.....mmg tension sgt time tue!! huhu....

    ReplyDelete
  2. Aisyah ~ tapi akhirnya berbaloi kan pengorbanan tu? ;)

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.