Sunday, December 19, 2010

Napa Ko Main Nombor Ekor ha?


Apa tetiba nak cerita pasal Nombor Ekor ni? Jap... jap... Intro dulu...
Haiii... pekabar? Pagi ni MIL ajak keluar jalan-jalan dengan IRP dan Shashal gi Bandar BP.... tapi I ingat macam nak terperap je la..... lagipun semalam I dah keluar. (Eh sejak bila la I jadi budak baik menolak pelawaan ni? Heran kan?) hahaha..... kena jadi budak "mak orang" yg baik la kan.....sebab next week ada lagi appointment dengan kengkawan lama (sebab nak passkan cenderhati yang diorg kirim masa gi Aussie itu ari) pastu ada lagi reunion pada hujung minggu tu...nak makan-makan kat rumah Aim (eh YATIE...klu ko singgah blog aku ni...pls take note!)... so, kiranya minggu ni I sedang mengumpul mata kebaikan untuk mendapatkan pelepasan dari Encik Suami... hua hua hua.......so, kawan-kawan... silalah menegur saya jika ada perbuatan-perbuatan yg kurang baik... karang tak dapat plak pelepasan itu, kempunan plak nak merasa masakan chef kita tu.

Tadi sempat jugak I "menziarahi" blog teman-teman blogger, antaranya blog MAMA MIRAKI... tetarik I dengan satu keluhannya tentang masyarakat muslim kita yang tanpa segan silu membeli nombor ramalan. (nombor ekor).

Itu la.... I pelik tau kekadang. I tau la I bukan la ahlil masjid or surau! Just wanita biasa-biasa yang punya kekurangan dan kejahilan... tapi I cukup elergik (elergi) la bila dengar perkataan NOMBOR EKOR! Pastu..... ada la satu Jemah tu (bukan nama sebenar ya).... kemain blurr I nak betulkan "kesesatannya" tentang apa yang dihujahkan.

Si Jemah ni cerita dengan I....

"Kak.... nak tau ari tu suami Jemah dapat RM200 kak..... Alhamdulilah..... dah rezeki Allah nak bagi kan"..

"RM200? Sapa yang bagi?" Soalku pada wanita muda, isteri kepada seorang buruh di JB yang selalu mengeluh kesempitan wang. Ya la.. orang baru kawin kan... (Eh cerita ni berlaku 10 tahun dahulu).





"Abang beli totoo (macam gitu la lebih kurang ayatnya.. tak ingat la).... alhamdulilah kak.. dah rezeki dia"..

"Huh????!!!!!"

Terlopong I mendengarnya waktu itu. Tersirap darah di kepala... Macam mana la I nak membetulkan minda dia ni? Fikirku dalam hati. Tau la dia belajar tak abis.... lepas tingkatan tiga terus kawin.... maybe tak sekolah agama ke......... tapi tak kan la dia tak tau pasal hukum-hukum perjudian ni? Pulak tu duduk dengan ibu mertua... tak kan ibu mertuanya tak menasihatkan mereka. Hmmm tak paham I... pastu bila I memberikan pendapat... still lagi dia cakap.....:-

"Dah Allah nak bagi rezeki kak.... kami terima je la"... tak sudah-sudah diulang ayat itu. I pun diam sebab tak tau nak jawab apa lagi. Semoga beliau mendapat hidayah.

Kalau nak cerita pasal nombor ramalan ni.... I ada banyak koleksi cerita tentangnya. Satu hari tu ada sorang boss I ni (non muslim).... terjaga dari tido.. pastu dengan senyum-senyum menghampiri I.

"Sam... boleh tak u pegi kedai ******** dan belikan *******" Sambil memberikan I sejumlah wang.

What?????? Nak mam***!!! Getusku dalam hati. Maunya I nak bersengkongkol ???? Oh NO!!! Orang-orang kampung I dah la selalu lalu lalang kat kawasan kaki lima tu.... Ya Allah.... bayangkan la kalau sedara-mara I tetiba ternampak seorang gadis beratur kat kaunter tu membeli nombor ekor (walau semata-mata untuk mematuhi arahan bossnya). I pun apa lagi..... teruslah I berkata-kata....

"Sorry boss.... tak boleh la... I sebagai muslim.. memang haram membeli nombor-nombor ni semua". Protesku.... Sib baik la boss I ni orangnya memang cool dan jarang meninggikan suara. Alhamdulilah.... akhirnya beliau memahami situasiku.... pastu dengan terboyot-boyot beliau yang tak berapa sihat itu meredah orang ramai dan kepanasan cuaca beratur untuk membeli nombor ramalan dengan segunung harapan di dalam hati agar apa yang dimimpikannya di siang hari itu mengubah nasibnya (padahal dah kaya raya). Kesian tu memang la kesian kan membiarkan dia beratur lama-lama... tapi I kena la kesiankan diri I jugak....betul tak? Kalau dia suruh I belikan tiket wayang ke.. tak kisah la kan... Ni suruh I beli nombor!!! Apa ke hairnya????

Oh ya.. sebut tentang masalah2 hutang ni....I sebenarnya nak share satu cerita seorang kawan yang mendapat satu keajaiban dalam menangani permasalah hutang piutangnya atas pertolongan Allah dan jalan sabar.... (Serious! Memang ajaib)... tapi sebab masih tercari-cari susunan kata yang betul (bagi melindungi nama-nama individu yang bakal diceritakan) jadi I simpan dulu cerita itu. Insyaallah kalau dapat ilham.... baru boleh I karangkan satu entry. Cuma.. moral dari cerita individu tersebut ialah... pertolongan Allah sentiasa ada, jika kita yakin pasti kita akan mendapat pertolongan menangani semua permasalahan itu dari sumber-sumber yang tidak disangka. Percayalah! Say NO to nombor ekor kay dan jangan tinggalkan solat!


p/s : entry ini maybe dlm kategori "entry yang MACAM BAGUS"... salah dan silap harap dimaafkan..









4 comments:

  1. siap alhamdulillah, reze ki...tuh huhu susah susah...mcm ni...

    ReplyDelete
  2. HANY ~ ya.. susah jadinya nanti... baik ikhtiar je dgn cara lain.

    ReplyDelete
  3. tu lah MM..memang ramai orang kita yg membeli..dalam 10minit parking depan tu...tak putus2 orang masuk..ish..ish..ish...cam cerita "Ngankung"

    ReplyDelete
  4. Mama Miraki ~ maybe org2 tu dpt boss mcm ex boss I tu kot ;)(bossnya yg suruh belikan) :D ~

    Memang sungguh dikesali perkara ni Mama.. mudah2an kita semua tertutup hati dr terjebak benda2 mcm ni even dlm keadaan desperate sekalipun...Nauzubilahiminzalik.

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...