Thursday, December 9, 2010

No. 97 dalam list bloglarian..... dan sukaduka 97

Thanks admin memasukkan I dalam senarai blog larian.... No. 97 (sembilan puluh tujuh). Tahniah kepada I dan tahniah kepada rakan-rakan blogger yang berkongsi nombor yang sama. Siapa mereka itu? Sila cek sendiri di sana dan selamat berkenalan.

No. 97??? Tahun 1997?? Apa yang berlaku saat itu?

RENTETAN KENANGAN 1997


~ Sila ucapkan Selamat Pengantin Baru buat saya..... December 97.

~ negara menghadapi kemelesetan ekonomi yang teruk.... sangat teruk hingga office I terpaksa membuat VSS (voluntary separation scheme) ~ pemberhentian secara sukarela.

~ penghijrahan hidup bermula ~ tak perlu diceritakan secara terperinci.... pendek kata penghijrahan ke arah yang lebih baik.... begitulah ceritanya.

~ cyber cafe mula mendapat tempat... sejam RM10 pun sanggup bayar. Laman sembang yang menjadi gilaan ialah IRC ketika itu.

~ Kalau nak cerita pasal artis pulak....Artis paling popular 1997 ketika itu ialah Datuk Siti Nurhaliza (Anugerah Bintang Popular), artis paling jelita 97 dan macam-macam lagi anugerah.
Pendek kata, pada tahun itu adalah tahun bagi Tok T kita....

Sinetron kurang popular ketika itu... tapi I suka menonton drama lakonan Lydiawati dan Khairul Anwar yang ditayangkan setiap petang bertajuk Egois.


Gambar hiasan : Anda juga boleh menghadiahkan Madu Asli Akasia kami kpd teman-teman
anda dengan membuat packing spt ini.


1997 ~ Rancangan NONA yang dihoskan oleh Datin Sri Normala Shamsuddin juga sangat popular waktu itu... hinggakan kawan-kawan I sanggup mengenepikan program-program lain (untuk shopping, date dsbnya) semata-mata untuk terconggok depan TV pukul 10 pagi. ~ siaran pagi ketika itu.

Ada apa-apa yang ingin anda kongsikan pada kami tentang tahun 1997? Frust bercinta? Jadi seorang ibu? Baru dilahirkan ke dunia?

Ok... Jgn malu2 untuk share ya...

2 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.