Friday, December 17, 2010

Siapa suka memancing dan siapa yang tak suka?

Siapa kat sini suka memancing? I tak tanya pada lelaki... kalau lelaki pasti jawapan adalah "YES"....

Tapi kalau dah suami suka memancing.... kita pun kena la suka jugak kan... at least tahu pasang umpan pun dah ok. Cacakkan joran atas tebing kolam... tinggal! Then... bagaimana pula kalau isteri suka shopping, suami pun KENA suka juga.. betul tak?

Tapi yg menjadi masalahnya sekarang.... bagaimana kalau seseorang isteri tu memang betul-betul tak boleh nak menjiwai minat suami tetapi suami still jugak nak bawak dia gi kolam? (Ini bukan cerita diri saya ya puan-puan dan encik-encik... I suka je gi mancing... and on bila-bila masa... yang penting cik abang I ada di depan mata.. tak kira la kolam tu busuk ke... panas terik ke.. kalau IRP ajak.. never say NO).

I rasa, cara-cara untuk mengatasi kebosanan itu... begini kot :-

1) Bawak la majalah seberapa banyak nak bawak... majalah dan buku-buku lama pun takpe.. lagi bagus kalau bawak yang tebal-tebal yg memang kita malas nak baca tu. Bila dah bosan kat kolam nanti, kita akan rasa terpaksa membacanya sebab dah takde apa nak buat.

2) Handset, camera, netbook dan yg seangkatan dengannya kalau boleh angkut sekali.

3) Barangan jahitan, sulaman, crosstij pun kalau boleh bawak.

4) Bawak pen dan kertas - karang puisi... :P


I pun tak berapa faham tentang kreteria2 yang perlu bagi sesebuah kolam ikan... Belum cukup ilmu tentang apa yang patut dan tak patut untuk pembiakan ikan. Cuma tak faham apakah permasalahan yang akan berlaku jika kolam ikan diwujudkan di shopping complex... (sebab tak pernah jumpa orang bina kolam ikan di shopping complex terkenal - kecuali aquaria tu la) so that wanita-wanita ini bolehlah shopping bila mereka bosan sementara tunggu suami memancing.

Jangan ada yg kata... "dah tau bosan tu duduk la rumah, yang pegi ikut laki gi mancing tu watpe???".... ehhhhh tak baik cakap macam tu Yangg.... mereka pun kekadang nak bermanja2 dengan pasangan mereka. Itu je la masa mereka untuk berdua-duaan release tensen... tapi cik abang pulak minat memancing... nak buat guane.



Begitu juga kalau suami bosan bila menunggu isteri shopping... pihak shopping complex tak nak ke sediakan tempat khas untuk para suami ni melepak baring-baring... sambil menonton tv ? Kalau I adakan service tu boleh tak? Tapi caj mahal la sikit... ;P

Eh ok la... I sebenarnya tengah tunggu kawan I ni...janji nak datang... jumpa lagi ya.


p/s : kami pun dah lama tinggalkan dunia memancing... busy tahap gaban.

4 comments:

  1. masa en zalie sihat..ayu lah peneman beliau ke sungai dan lautan..

    heheheh..sekarang tamo dah..duk diam-diam layan tv

    kak..
    jom join contest ini..
    ayu tag kak
    http://ruhayurazali.blogspot.com/2010/12/my-header-contest-tag-dari-cikgu-jaja.html

    ReplyDelete
  2. Ayu ~ Ooo gi laut? Bestnyaa...

    Ada tag ke Ayu? Thanks ya... nanti Akak jenguk.

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...