Monday, January 31, 2011

BAKSO DI PETANG NAN GERIMIS

Semalam sangkakan IRP tak beli tomato.... rupa-rupanya ada tersorok dlm peti ais bawah, laju sgt mengemas-ngemas semalam... sampai tak terperasan, sudahnya kempunan nak masak speghetti meatball.
Apa-apapun thanks le buat sepupu I, Puan Murni atas suggestion ni...... anak I pun suka bakso ni rupa-rupanya. Rupa2nya? - (nampak sangat jarang masak bakso).




aktiviti mengendap semalam - dlm I sibuk2 kata
nak membungkus jajan.. rupa2nya kat tingkat bawah, 2 beranak ni dah siap bungkuskan..
thanks Dear... lebiu!!! Nampak tak selimut kotak2 warna hijau tu?
itu si Shashal tgh kelubung demam...

dah 3 hari si Shashal tak selera makan... tetiba hari ni
nampak bakso, sampai 3 pinggan dia makan...
ini menu kami hari ni... ptg sikit baru masak nasi...
tgh perap kambing.


nyum nyum.... nak resepi ke?

Macam segan je la kan nak bagi resepi hentam keromo ni..... tapi mana la tau kan kalau ada yg tak tau... ok M.Mirror sharekan di sini.

BAHAN-BAHAN

Bebola daging (pastikan yg halal)
1/2 bungkus mee hoon (buat sikit je arini)
1 labu bawang besar - separuh utk blend bersama bhn lain... *separuh lg hiris nipis (utk kegunaan sebelum menumis)
5 ulas bawang merah
3 ulas bwng putih
1/2 inci halia
ketumbar, jintan - dlm segenggam
serbuk pepper - agak2 beberapa taburan
(patut bubuh udang kering... tapi sesaja tak bubuh sbb ada yg elergi kat rumah ni)
I gantikan dgn stok ayam yg serbuk tu
rempah sup dlm beberapa sudu.. budget2 la kan.. jgn byk sgt plak.
Bawang goreng dari 5 - 6 biji bwng merah yg dimayang halus
daun sup - utk hiasan
garam secukup rasa
rempah tumis

(Jgn lupa blendkan buah keras sekali dgn bahan2 tu utk pekatkan kuah - jika suka) * tip dari Puan Mur.


CARA

1) Memula mestilah rebus/celurkan mee hoon tu.... toskan
2) Pastu bahan2 tadi (bwng2, halia, serbuk pepper, ketumbar jintan) - blend together.
3) Dlm periuk... panaskan minyak, masukkan bwg besar hiris (spt bertanda * di atas) - campakkan rempah tumis
4) Bila bwg dah agak2 garing dan kuning2 sikit...... masukkan bhn2 yg diblend tadi. Pastu masukkan rempah sup.... gaul2 sebati. Biar agak layu/kuning2.
5) Masukkan air. Biar didih
6) Masukkan bebola daging
7) Bila bebola dah masak....... boleh la diangkat dan taburkan hirisan bwg goreng bersama daun sup.

Hidangkan bersama sambal kicap.

p/s : Pesal harini ramai sgt orang cari redmummy kat blog aku ha? Kat sini takde redmummy... Orangemummy ada la.... lama betul tak pakai lipstik warna oren... Kalau bujang2 dulu... from head to toes.

No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.