Sunday, January 16, 2011

Birthday Cake Untuk Saya & Marble Brownies Full Recipe


Marble Brownie Cheese from my SIL..
sedap! Thanks so much!!

Bahan-bahan Untuk Brownies

sebuku butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan gula kastor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum
1 tsp esen vanilla
1 tsp baking soda
1 tsp soda bikarbonat

Cara

1) Butter 250gm (sebuku) dicairkan.
2) Masukkan serbuk koko dan kacau rata
3) Tepuk gula dan telur.
4) Masukkan no. 3 ke dlm no. 2. Kacau sebatikan.
5) Masukkan tepung yg telah diayakkan bersamanya Soda bikarbonat + baking powder. Masuk sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.
6) Masukkan esen vanila. Kacau sebati.
7) Tuangkan adunan ke dlm loyang yg telah dibubuh kertas yg telah dilengserkan butter (10 x 10).
8) Bakikan sedikit adunan utk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
9) Bakar selama 20 min menggunakan api atas dan bawah (suhu 175 darjah celcius).

p/s: Pastikan kertas minyak berjuntai dari loyang utk memudahkan kerja2 mengeluarkan kek.

Bahan-bahan lapisan Cheese

250 cream cheese (kami guna phidelphia)
1 cwn gula kastor
1 biji telur

Cara

1) Pukul cream cheese hingga gebu
2) Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati
3) Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati

** Bila brownies telah masak, keluarkan dari oven dan tuangkan adunan cheese di atas dan ratakan. Lorekkan baki adunan tadi ke atas lapisan cheese ikut citarasa anda (sila rujuk gmbr kek di atas).

Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15 min.

Resepi : Credit kepada Dr. Bee.







6 comments:

  1. balik mgu ni nk try, pasti cuba!~terliuq aih...

    ReplyDelete
  2. Bila birthday yer?
    Today ker?
    Anyway Epppyyyyy Besday...
    Moga diberkati segalanyerrr...

    ReplyDelete
  3. nxt week mesti try... happy birthday.. (bukan dah lepas ke?)

    ReplyDelete
  4. Naddy ~ dipersilakan..sgt sedap! Nyum nyum...

    SP ~ rahsia....haha.. Thanks. Amin.

    Kengkawan ~ mmg dah lepas..tp I kan suka sambut birthday 7 hari 7 mlm.. hehe. Thanks.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.