Monday, January 17, 2011

Sambal Jahat Di Petang Nan Gelap

Langit yang gelap.... Semoga hatiku tidak la segelap ini.....
(Lately I memang suka menghayati panorama alam)
Tgh sibuk usha2 kat u-tube ni.... kot2 ada crita2 ala kampung...
Crita apa yg best???



Cuaca-cuaca gelap macam ni.... memang sedap makan nasi
panas-panas dengan "sambal jahat"!




Sambal jahat ialah sambal di mana bila kita makan nak makan nak makan nak makan lagi !!(ulang 100x).... sampai berpinggan-pinggan.

Sambal kering ikan bilis berkacang yang sebalang penuh ini adalah pemberian my MIL, air tangan bibik beliau... cara memasaknya ialah gorengkan kacang dan ikan bilis - asingkan. Lepas tu... tumbuk (gunakan lesung batu) cili kering yg telah direndam. Tumbuk lumat-lumat. (Jgn guna blender). Campakkan bawang putih....tumbuk lagi. (tak pasti la nak bubuh belacan ke tak... suka ati la kan.... asalkan sedap).

Pastu tumiskan bahan-bahan tadi hingga garing. Tambah air asam jawa dan gula. Kalau nak bubuh garam, pastikan tak terlalu masin (kadangkala ikan bilis pun dah cukup masin secara semulajadi). Masukkan gorengan ikan bilis dan kacang tanah tadi... biarkan hingga mengering.

10 comments:

  1. MM, ingatkan apelah jahatnya sambal tu....Bagus ba tu kata org Sabah....Tak selera makan kan susah....

    ReplyDelete
  2. Jahat sungguh sambal tu...
    Trus berbunyi perut... Lom bekpes lagi ni..hehhehehe

    ReplyDelete
  3. sedapnyer..tiba2 terasa nkmakan sambal jahat tu hehehhee..nway,salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  4. Zarisma ~ bagi org2 yg ingin diet mmg sungguh jahat sambal itu.. :)

    JS ~ I cuma mkn speghetti je utk pagi ni.

    Sue Eila ~ Jom kita try buat. Thanks follow my blog, dah follow awak semula.

    ReplyDelete
  5. wah my fav memamng layan pun makan sambal nie..

    ReplyDelete
  6. Baru nilah saya tahu tentang SAMBAL JAHAT.

    ReplyDelete
  7. MS - sambal ni "penyelamat" di kala takde selera makan time stay hostel.

    ReplyDelete
  8. sambal jahat?1st time dengar.mcm best rupa sambal tu.mintak ckit?hehe

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...