Wednesday, January 12, 2011

Entry ala Anjung Seri

Waaaa dah pukul 3.35 pagi!!!!! Semalaman I tak tido.... semuanya berpunca dari Shashal.

Sebelum maghrib semalam... dia dah start tido sampai la pukul 11 malam dia terjaga... pastu agaknya dia sangka dah pagi.... dia merengek2....

"Mama... tak nak sekolah la Ma.... Shashal penat... "

Pastu.... after I bagi dia makan... dia terus tak nak tido.... sampai la sekarang ni. Jawabnya... esok memonteng la kot.

Dah alang-alang tak tido... I mengendap wall FB sepupu I ni, Puan M... atas kebenarannya I sharekan di sini kediamannya yang tak la jauh dari rumah I pun, area2 JB gak..... tapi percaya tak? I tak pernah gi rumah dia... hahaha..... tak patut... tak patut....




pengumpul vantage yang tegar... dlm kabinet tu
ada lagi berkepuk2...

Menyebut tentang "sepupu", tentu uoll banyak kenangan2 manis dgn sepupu2 uoll masa kecik-kecik dulu kan? Or maybe masih lagi rapat hingga sekarang. Ya la, mereka ni la yang kita selalu akan jumpa apabila berkumpul di hari raya di rumah datuk nenek kita... betul tak?

Apa yang menariknya ialah....terkadang, wajah2 mereka ni ada yang mirip2 antara satu sama lain.... ya ler mana taknya.... berkongsi datuk/nenek yg sama. Heee sib baik la sepupu2 I cantik2 semuanya.... tertempias gak kat I.... kekekkekeke..... :P (silakan muntah sekarang).

* motif entry ini ialah :

1) Nak berikan I semangat untuk mendekorasi rumah.... lately ni I mcm takde mood je nak hias rumah.. sbb kesibukan dgn aktiviti "mendekorasi diri sendiri"... :P

2) Nak tunggu pukul 5 pagi, nak buat sarapan... pastu takde benda nk buat... so update blog.

3) Sesaja.... nak "ubah topic".... sebab pukul 9 tadi, I dah buat entry hot... then now.. tak mo hot2kan lagi topik tu...... ya ler mana la tau kan... tetiba I termengumpat kat situ... satu hal plak I.... heee seram!! Dah la I punya comment box tu takde filter2...

Ok la.... masa yg ditunggu pun dah tiba... now dah pukul 4.13 am.... Selamat pagi semua ya... Shashal pun nampaknya dah tido.... Saya ingin ke dapur sekarang!!!






5 comments:

  1. tgk umah tu amboi2...terus semangat nk deco umah.. cantik la umah dierr..

    ReplyDelete
  2. Linda - jom kita mendeco skrg!!! huhu... Thanks bg pihak sepupu I atas pujian itu.

    Ms Bubbles - baru je rendam ikan.. pastu td cuma breakfast roti telur je...

    ReplyDelete
  3. Dah kaya raya semua ya sekarang,
    Alhamdulillah....!

    ReplyDelete
  4. MS ~ oo ko kenal kan siapa empunya banglo ini? Bagi pihaknya, aku ucapkan alhamdulillah atas segala rezeki yg Allah SWT kurniakan.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.