Wednesday, February 2, 2011

Blogger Ngumpat Cik Epal dan Benci Redmummy

Oooo Cik Epal... ada orang cari you kat blog I ni...

Dari minggu lepas lagi, macam tengah musim plak orang cari 2 blogger popular ni kat blog I... semua keyword menjurus ke arah satu penyiasatan ala-ala nak tau.. siapakah gerangan yg tak suka mereka. Tgh ada sessi pencalonan blogger mana yg paling tak digemari pembaca ke Dik Non? Kesian I tertinggal keretapi....

Ah takde la.. merepek je. Maybe orang sesaja kot nak bermanja2 dan berkenal-kenalan dgn lebih rapat dengan blogger-blogger tu.

Sorry la Dik ya....Takde la
sessi pengumpatan ke atas Redmummy dan Cik Epal kat blog I ni... Kalau kita nak mengumpat sekarang ha boleh la.....

( opps...wuishhhh!! selisih amit-amit.. apa ke buang tebiatnya I nak mengumpat diorang yg takde buat salah dgn I kan).

Kalau pasal Cik Epal memang takde... tapi resepi Pie Epal Ranggup, akan I adakan demi setianya you all ke atas blog merepek I ni... baru tadi I dgn Ain buat. Gambar upload kendian la.... cam malas plak nak naik atas ambik camera. Lain la you all ada bibik kan.. bleh main panggil2 bibik je suruh ambikkan.






(Kalau rasa-rasa macam malas nak mencuba resepi ni.... makan je kat Mc D... mmg kembar seiras dgn epal pie yg kami tgh makan ni... tapi MC D buat tentulah lebih sedap kan).

DOH

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan butter dari peti ais
1/2 cawan air sejuk dari peti ais
sedikit garam
jika inginkan doh yg ranggup... jgn lupa tambahkan 2 sudu tepung sagu
(I tak bubuh sbb tak jumpa pun tepung sagu kat supermarket)

Campurkan semua bahan2 dlm satu bekas.... buat ala2 crumb... pastu bubuh air. Uli hingga menjadi doh yg boleh dicanai.. agak2 melekit, tambahkan tepung lagi. Canaikan.

Sebelum perkara-perkara di atas, buat dulu inti :

INTI

2 biji epal hijau - potong dadu (jgn besar sgt)
anggaran dlm 3 - 4 sudu gula perang
serbuk kayu manis
butter

Cara

Memula masukkan butter, then masukkan semua bahan2 di atas... biar hingga epal layu dan sebati dgn semua bahan-bahan - angkat

Pastu boleh la mula mencanai doh tadi dan tambahkan inti di dalamnya. Lipat kemas-kemas ala2 epal pie Mc D. Pastu goreng atau bakar.

Selamat mencuba ya. Jgn mengumpat2 lagi...

6 comments:

  1. Waah...Bagus2 Sdg berangan2 nak makan pie epal....Ada resepi bagus lak....Nanti nak cuba...TQ..

    ReplyDelete
  2. Zarisma - canai nipis2 tau.. memang sedap! Design ikut sesuka ati..

    ReplyDelete
  3. bleh plak kan caro macam tu, sabo je lah, eh eh blog ni xde ngumpat2 tau, chewah...mestilah i pun tahu krog sbb i slalu masuk blog ni ;)

    ReplyDelete
  4. Hany - ha'a mana kita ada ngumpat2 org kan.. kita ckp yg baik2 je :D

    ReplyDelete
  5. Haha red mummy tu macam best je, cik epal pun best. tp pling suka fatin liyana. cute sgt. Rasa Macam Nak Bg Hadiah Kepada Follower Yang Ke-100! ce tengok http://azzaazman.blogspot.com

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...