Wednesday, February 9, 2011

TIP UNTUK ISTERI : Boleh Diterima Pakai ke Pendapat Budak Kecik Ni?


Menulis dlm keadaan tak concentrate kerana si bujang I sdg teresak-esak di sisi merajuk I marahi... Habis satu rumah dikecahkan dgn air peel fresh. Keletihan mengemop tumpahan air milonya pagi tadi pun tak hilang lagi, petang2 mcm ni dia bereksperimen lagi.


Begitulah kita melayan si kecil..... adakala meletihkan, adakala melucukan, adakala pengubat lara....

Ada satu hari tu, sedang I termanggu-manggu sendirian di bilik, Cik Q datang menghampiri.


"Ma... kenapa Mama bersedih. Kan Mama ramai kawan" Pujuknya...


"Oh betul jugak tu sayang.... ya tak ya kan? Kan Mama ramai kawan, kat pesbuk, kat blog... napa la mesti Mama buang masa dengan melayan kesedihan". Jawabku dengan nada ceria, menyetujui pendapatnya. I bukan sedih apa pun ketika itu, cuma sedang bersayu hati berkenaan dgn kesihatan seseorang.


Adakala pendapat si kecil pun ada betulnya.... tapi tak tau la pendapat anak dara I yg sorang lagi ni, sama ada boleh diterima pakai ke tak... mari kita hayati kata-kata Ain plak ni. Maybe ada yg tak menyetujuinya.. almaklum ler pendapat budak umur 13 tahun saja.


"Mama tau tak, kita orang perempuan sebenarnya tak boleh menceritakan kebaikan kawan perempuan kita pada pasangan?" Ujarnya suatu petang. Tiada kes khusus atas timbulnya perdebatan ini... sekadar borak-borak kosong mengisi masa lapang.

"Kenapa pulak?" I seakan tidak setuju.

"Sebab nanti boleh menimbulkan keinginan pasangan untuk mengenali kawan perempuan kita itu" Hujahnya lagi, di mana menurutnya ia merujuk pada buku yg pernah dibacanya.


"Lagi satu, kita pun tak boleh terlalu menceritakan kebaikan pasangan kita pada kawan perempuan kita" Katanya lagi.

"Ya ke?" Soalan standard dari I bilamana kurang menyetujui sesuatu pendapat.

"Ya la.... nanti dibuatnya dia terlalu nampak yang baik2 tentang pasangan kita, romantik la, caring la...... nanti timbul keinginan kwn kita itu untuk cuba me'nackle pulak". Jawabnya straight to the point.


"Hahahahahhahaha" I ketawa berdekah-dekah. Bukan niat untuk mentertawakan pendapat si kecil ini tapi rasa lucu pulak dgn hujahnya tu sambil dalam fikiran membayangkan beberapa orang rakan blogger...

"Rasa-rasa Mama, tak de pulak blogger yg terlalu memuji suami or pasangan mereka dlm entry mereka... maybe diorang pun dah lama membaca tip yg Ain baca ni kot?" Selorohku mengakhiri perbincangan sambil ketawa lagi.

Setuju ke pendapat ni puan2? Tapi walaupun begitu, jgn la pulak memburukkan pasangan. Dah berdosa besar pulak.

Motif entry ini : Feedback kepada entry seorang sahabat blogger : Kisah orang suka kebas pasangan orang.



10 comments:

  1. http://natasha1987.blogspot.com/2011/02/facebook.html

    http://natasha1987.blogspot.com/2011/01/love-affair-kantoi.html

    i ada share pasal rampasan kuasa. hahaha....
    bukan setakat dalam rumah tangga aja, dalam bercintan cintun pun boleh tahan juga. ntah pape ntah manusia ni.

    ReplyDelete
  2. Yes Tasha.. I ada terbaca kat blog u la tadi..tp nak backlink kat u takut u marah lak sbb blom minta izin... hehe.

    ReplyDelete
  3. alahai...takkan la nak marah plak dekat kakak kita ni. hehehe....

    ReplyDelete
  4. yg ni ker?

    http://natasha1987.blogspot.com/2011/02/berani-nak-rampas-kekasih-orang.html

    ReplyDelete
  5. bila difikir2 balek, mcm betol jugak apa ain kata kan..ummm depend pd masing2 la kan nak stuju ke tak kan...

    ReplyDelete
  6. Hany - betul3...depend pd pasangan.. jenis rambang mata ke tidak.

    ReplyDelete
  7. Tengok jenis org jg kan MM,kalau dah memang jenis kawan makan kawan memang nasib la labu...

    ReplyDelete
  8. budak2 pendapat ea dari hati...tak pandai pusing2 mcm owg dewasa...;d

    ReplyDelete
  9. SIRNA - memang nasib la labu klu dpt kawan yg hati kering mcm tu kan Doc? :D

    RIEAYANA - tu la kan..

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.