Monday, February 28, 2011

RESEPI ROTI BERSANTAN

Dah terlalu lama I mengidamkan roti homemade ni.... bukan mengidam nak makan je.... tapi mengidam nak buat...

Resepi ini telah menghasilkan sebanyak 9 ketul roti, tapi sekarang tinggal 3 sebab terlalu sedap..... panas2 baru keluar oven dan makan bersama butter dan kopi panas untuk tea time... memang sangat menyelerakan.


tak sempat nak tunggu roti ni lebih berwarna keemasan lagi sebab Shashal
dah pulang dari sekolah... merengek minta mandikan dan
meminta I mengajar dia menulis...




secara live - ianya memang gebu dan lembut sepanjang hari, camera I maybe
terlalu cikai untuk menjadikan ianya lebih fotogenik..




Nak resepi ke? Untuk lebih adil, biarlah I creditkan resepi ini kepada pemilik asal iaitu Onigiri dari My resepi walaupun I sebenarnya tidak mendapat resepi ini direct dari sana, sebaliknya melalui penjelajahan dari sebuah blog ke sebuah blog masakan, di mana mereka juga hanya copy paste dari Onigiri (menurut apa yang mereka tuliskan dlm n3 mereka).

250 gram tepung roti (boleh je guna tepung gandum mcm I ni)
80 gram nasi putih
100 ml air
60 ml susu segar (u tau tak.... I guna santan kotak sebab susu segar kat rumah ni dah expired).
1/2 dari sebungkus mauripan atau 4 gram (malas nak menyukat, I bahagikan 2 je mauripan yang sepaket tu)
2 sudu gula
sedikit garam
20 gram butter, majerin pun boleh


Cara

1) Aktifkan yis (mencampurkan sedikit tepung, yis, 1/2 sudu teh gula) ke dlm air suam - air dlm lebih kurang 1/4 cawan - biarkan hingga ia berbuih.
2) Blendkan nasi bersama dgn santan (uoll guna susu segar kay! Ikut resepi asal) campur 2 sudu gula dan 100 ml air mengikut sukatan yg diberikan di atas. Blend sampai hancur dan sebati.
4) Masukkan tepung ke dalam mangkuk
5) Masukkan nasi yg telah berblend tadi ke dlm tepung, diikuti dgn yis, garam dan sedikit gula (kalau I plak.. I dah blendkan gula - sebagaiman dlm step no. 2, so takyah bubuh gula lg). Pastu masukkan butter..... uli hingga tak melekit.... jika masih melekit, tambahkan sedikit tepung (jgn overdos plak, nanti adunan menjadi keras).
6) Perapkan selama 1 jam hingga adunan naik.
7) Tumbuk2kan dengan tangan untuk mengeluarkan angin.
8) Boleh diuli dan dibentukkan mengikut kesukaan (mengikut resepi asal, ianya perlu dilipat tiga).... tapi untuk resepi I tadi, I bulat2kan. Masukkan ke dalam acuan yg telah disapukan mentega.
9) Perap selama 1/2 jam.... bakar pada suhu 170 darjah hingga kuning keemasan... (dlm lebih kurang 30 - 45 minit)
10) Sapukan butter setelah ia dikeluarkan dari oven untuk mengkilatkannya....


Silalah mencubanya.... I nak blogwalking lagi, sebab blogger2 tengah ada cerita panas sekarang ni.... syyyyy!!!! Tak mo crita... mengumpat tu tau!





8 comments:

  1. Mcm sdap. Mcm dari bakery! hik =D nk cuba jgk..

    ReplyDelete
  2. Faezah - Selamat mencuba ya! InsyaAllah...mesti jadi punya asal ikut sukatan.

    ReplyDelete
  3. nampak gebu, cayalah..5 bintang!

    nak tryla...lepas i frust meroti tak berapa menjadi haritu , i rasa nak buat lagi..tapi entahkan bila..huhu

    ReplyDelete
  4. Puan Doctor..Kalau guna resepi ni, insyaAllah ianya tak mengecewakan.

    ReplyDelete
  5. haisyy.. sis dah kasi sy mengidam roti neh.. siap bgi resepi lagi.. law ad mse insyaAllah.. terbuat la roti neh..hehe

    ReplyDelete
  6. akak!!! sedap giler tgk (even akak ckp kamera akak tak bg hasil yg fotogenik) hehe!
    nk try ~ byk resipi akak yg tak smpt sy buat lg, haiz...

    ReplyDelete
  7. Naddy - teman2 blogger I harus mencubanya.. penat tau Akak salin resepi utk uoll.. hehe.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.