Sunday, February 27, 2011

RESEPI UMAI UDANG

Menu kami di rumah MIL siang tadi...

antaranya : Masak lemak ikan merah pucuk buas2...

umai udang...

RESEPI UMAI UDANG

Udang kecil dibuang kulit dan urat belakang

6 - 7 biji limau purut atau cuka

Cili merah

cili padi

bawang merah

bawang putih

sedikit belacan

halia dlm seinci

garam, gula

perasa

Kacang tanah digoreng dan dikisar

Daun kunyit atau daun ketumbar

Cara

1) Perap udang yang telah dibersihkan bersama dengan perahan limau purut (boleh juga menggunakan cuka). Biarkan hingga udang memutih.

2) Tumbuk cili merah, bwng merah, bwng putih bersama belacan dan halia - sukatan dlm lebih kurang kita buat sambal belacan. Masukkan bahan2 yg telah ditumbuk ini ke dlm udang (setelah dlm lebih kurang 1/2 jam udang diperap bersama perahan jus limau).

3) Hiriskan bwng besar, cili padi dan daun kunyit/daun ketumbar

4) Masukkan bahan2 hiris ke dlm perapan udang tadi, taburkan sedikit gula dan garam serta perasa

5) Selepas itu, taburkan kacang tumbuk (boleh juga menggunakan kacang goreng yg dibiar seketul2 mcm kita makan ABC...).

2 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.