Monday, March 21, 2011

Kek Tiramisu syok sendiri

Dah lama dah berangan nak buat kek tiramisu ni... baru hari ini berkesempatan..



enggan mengulas panjang lebar tentang tiramisu
yg I buat ni... anggap je la ianya cun walau tak
cun...

Resipi Kek Tiramisu - ambik resepi dari blog ini.

  • sebijik kek span atau sebarang kek yg anda suka - entah I guna kek butter..
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan icing sugar
  • 1 cawan air panas
  • 1 sudu makan serbuk nescafe - I bubuh milo je...
  • serbuk koko untuk hiasan
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cwn air panas - ketepikan
  2. Di dalam mixer, satukan gula, cream cheese dan whipping cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 2 bahagian
  5. Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek
  6. then sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek
  7. Susun lagi bahagian yang selebihnya, sapukan nescafe dan baki adunan cream tadi.
  8. tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar…

utk adik2 bwh umur yg tak tahu apa itu cling film -
inilah yg dimaksudkan... abaikan gambar buah2an yg
takde kena mengena itu..

(gambar atas) - salah satu contoh whipping cream



salah satu contoh creamcheese, ada lagi
jenama-jenama lain seperti tatura dll..


Bila tiramisu itu telah siap .....Taburkan dgn serbuk koko/milo ketika menghidangkannya...





8 comments:

  1. emmm...sedapnye.MM, poskan la makanan2 yang MM buat ke UKM.budak2 UKM ni lapa sumenye :)

    ReplyDelete
  2. SFM - ok I postkan melalui email ye :D

    ADAH - Selamat mencuba.. ;)

    MS - oh saya tidak pandai memakan bingka kecuali "Kuih Cara" yg pernah En. MS buat dulu.. ingat tak?

    ReplyDelete
  3. MM...
    u ni buat I teringat kat secret recipe tiramisu la...yummyyyyyy!!!

    ReplyDelete
  4. Cikgu Gie - so, apa lagi!! Selamat mencuba resepi mudah ini ya! :D

    ReplyDelete
  5. yummy! bestnya miss mirror pandai buat kek tiramisu sendiri :)

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...