Sunday, March 13, 2011

Resepi Sambal Hitam Pahang

Sambal Hitam Pahang memang sedap...


Ini bukan hasil yg sebenar2nya sbb time I masak
ni I tersilap buat... then si Leq dah bagi tip, now
ni dah sebijik mcm sambal hitam yg org2 Pahang buat..
ok resepi yg sebenar2nya
kat bawah nuuun... Selamat mencuba!

Sekian lama mencari, baru semalam "dapat" belimbing buluh ni - My MIL beli kat Pasar Besar Batu Pahat.

Anak2 Pahang, sila jangan ketawakan I ye, sambal hitam ni tak menjadi hitam sebagaimana nama, sebab telah "diJOHORkan". Ikut resepi asal, belimbing buluh perlu direbus selama 8 jam --- mak aiiii.... sapa yg nak tunggu berjam2 kat depan api tu Cik Kiah? Pasti ada sebab mengapa ianya perlu direbus terlalu lama... pasti lebih sedap.


Tapi oleh kerana dah terlalu sangat mengidamkan resepi sambal hitam Pahang ini, maka I buat la jugak walau byk berlaku penderhakaan resepi di situ...

Bahan-bahan :

7 biji belimbing buluh yg direbus selama 8 jam ( I rebus berberapa minit je.. rebus jgn bubuh air, biar keluar hitam2 :D)
5 biji bwg merah
3 biji bwng putih
16 biji cili padi
ikan bilis segenggam dua (lagi byk lg bagus).

Cara

Tumbuk semua bahan di atas.
Masukkan sedikit minyak dlm kuali, tumiskan bahan2 tumbuk.
Tambahkan garam, perasa, (I rasa kalau bubuh belacan lagi sedap kot?).
Biar ianya hingga garing.... boleh la diangkat.




8 comments:

  1. MM : kenapa I rasa macam tak logik je nak rebus belimbing buluh sampai 8 jam... are u sure dlm resepi ckp belimbing buluh.. ke batang buluh hahahah just joking.. nak try lah, thanks sharing..

    ReplyDelete
  2. ENY - hahaha... ada2 je, bibik pun tanya I tadi.. "jgn2 8 minit, I salah baca 8 jam".. takpe, nt klu ada org2 Pahang yg lalu lalang kat sini, kita tanyakan mereka. Thanks sbb sudi ingin mencuba.

    YAYA- sama2 :)

    ReplyDelete
  3. 8jam rebus? mak ai lmenye..kne ade cookerla..xyah nk risau2 sgt..hehe...wah..best nie//thanks for sharing..

    ReplyDelete
  4. hehehe...MM--
    gelak sorang ayu malam nie

    MM...ayu kan suka sangat buat sambal....goreng lebih kurang...makan panas2 lawan nasi lembik....ngam ooo

    ReplyDelete
  5. KB - pakai pressure cooker? rasa lain kot berbanding 8 jam dapur biasa.

    AYU - Apa yg buat dia gelak sesorang tu? Sambal ni sedap.. sampai hari ni teringat2.

    ReplyDelete
  6. salam..maaf mencelah memang belimbing tu direbus lama sgt..biasanya kalau kat kg I di pahang kami rebus guna periuk tanah atau pun tin minyak masak yg besar sebab asid belimbing tu akan menghakis periuk biasa yg kita pakai nanti bocor so utk selamat kita guna tin ..lepas rebus terus buang jer tin tu..kalau you all berminat nk tgh resepi sambal hitam pahang leh jenguk kat bolg saya Mk eting@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. NUMEY - thanks berkongsi info & tip.. Saya juga pernah mendengar ttg penggunaan tin ketika memasak belimbing tu melalui kwn, tetapi sbb "sambal hitam versi derhaka" yg kami dah buat ni dah pun cukup sedap walaupun masak tak sampai pun 1 jam...:) so, kami pun tak pulak mencuba resepinya yg asli.. Maybe versi sebenar tentu jauh lebih sedap kan, hopefully dpt mencuba one day. Thanks again atas resepi tu.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.