Friday, April 8, 2011

Dua bulan selepas chicken pox.... maka pada suatu hari tiba tiba...

Semalam (yg entah untuk ke berapa puluh kali dan ke berapa puluh farmasict I jumpa selepas terkena chicken pox) I telah menemui sorang farmasict muda ni. Kali ni I rasa, I berjumpa dengan orang yg benar2 layak untuk memberi rundingcara (sbb muka beliau pun halus mulus....:D). Tujuan utama ke situ bukan nak beli losyen pun cuma nak menyambung makan vitamin E yg dah habis... kot2 la beliau ada cadangan lain yg lebih bernas.
Macam biasa ler kan... tiap kali I jumpa diorg ni, I akan keluarkan "ubat-ubatan" dlm handbag utk mereka lebih mengenal pasti apa yg I dah pakai dsbnya.

Sambil membelek-belek losyen yg comel lagi berharga RM90 lebih yg baru 2 bulan I pakai tu, beliau mengerutkan dahi... "Oh produk ni mengandungi ****** *** ". ---> terpaksa sensor sikit, mana la tau kan karang I kena saman plak...

"Kenapa kalau mengandungi ******* ***? " Tanyaku agak kaget....

Menurut beliau bahan ****** *** itu tak sesuai untuk kulit yg sensitif. ---> tak la menakutkan sangat jawapan ni kan sebab I rasa kulit I tak sensitif... so, malam tadi I masih pakai lagi setepek dua sebelum tido...

Tapi pagi ini bila I tanyakan Pakcik Google pulak... jawapannya lebih menakutkan :
According to the Cosmetics Safety Database ******* *** is linked to cancer, allergies and immunotoxicity, is linked to toxicity in other biological systems in the body and irritation of the skin, eyes or lungs, though of course all these are debatable and not conclusively proven.

Peliklah.. losyen tu I beli kat sebuah salon kecantikan berjenama... tapi kenapa la mereka  tak menitikberatkan keselamatan pengguna.

Entah la... nak buang ke tak losyen cenonet ni? Kalau ikut apa yg dinasihat oleh jurujual, I perlukan sebulan sahaja lagi untuk menghilangkan semua kesan2 parut chicken pox itu. Entah betul entah tak... sebab makin I pakai, parut kat muka I jadi makin hitam --> menurut konon ceritanya ini adalah proses2 penyembuhan. Haha.. entah la....

Haruskah ku kembali kepada bedak sejuk? Madu? Serbuk kulit kayu manis lagi?? I rasa.... HARUS!!

Anyway... sebenarnya keghairahan untuk menghilangkan parut2 ni semua semakin pudar sebab u nak tau kenapa? Sila baca dengan fikiran terbuka ya... kalau muntah pun sila tahan2 sikit. My MIL cakap aritu .... muka I lebih nampak sweet dgn dot kat pipi kiri tu sebab parut tu dah jadi mcm tahi lalat. Bukan I yg cakap... MIL yg cakap... jgn la baling kasut kat muka I puan2.. I cuma cerita je... alahaii...
Cindy Crawford ketika muda... cun kan tahi lalat
dia ni?


p/s : bagaimanapun semalam dompet I ni macam gatal2 je keluarkan duit membeli vitamin C redoxon untuk tujuan itu.


7 comments:

  1. ha3.kalau da ade yang cakap cantik tu,mesti cantik punye :)

    ReplyDelete
  2. SFM - sila jgn percaya..:D. kekadang my MIL sesaja nk sedapkan ati I.

    ReplyDelete
  3. Salam kunjungan, jgn lupa singgah blog saya

    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete
  4. herm.. macam2kan klu tak baca betul3 kat ingredient tu mmg tak taulah.. tapi kawan saya masa dia ada scar kat bibir sebab terjatuh dari tangga.. dia pakai Vitamin E Oil brand Banana Boats.

    ReplyDelete
  5. AISHAH RK - tu la kan.. bila dah tau ni, lain kali I nak make sure bhn yg disebut tu takde dlm skincare yg I pakai.

    Owh banana boat Vit E? I ada beli jenama tu tapi utk sunblock bebudak pakai tepi pantai.

    ReplyDelete
  6. kak, boleh bagitau apa ******* *** tu? saya nak tau..

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.