Thursday, April 7, 2011

RESEPI KEK EPAL

RESEPI KEK EPAL



Kek epal ni I buat sebelum maghrib tadi.... dan dikongsikan di sini resepinya untuk rujukan puan2.... Terima kasih kepada teman maya yg memberikan resepi ini baru-baru ini. Bagi peminat carrot cake, anda mungkin menyukainya... sebab rasa dia ada iras2 sikit. I rasa jika epal tersebut ditukar kepada nenas sekalipun, kek ni still menjadi la kot.... tapi kena la timbang ikut sukatan sebiji epal. As what we all know...baking is different from cooking in that it’s not as easy to make changes to the recipe. If you don’t use the right amount of each ingredient, your cake could fail to rise, or your cookies could come out of the oven hard as a rock.. then klu dah jd batu, ko mkn la sensorang. On the other hand, if you follow the recipe carefully, you should be OK... insyaallah tak de masalah.


1 biji epal
150 gram tepung MFM (tepung naik sendiri)
100 gram mentega
80g gula kastor + 2 sudu gula pasir
2 biji telur
100 ml whipping cream


1) Epal dibasuh dan dibuang kulit, kemudian potong kecil2 (lebih kurang saiz sebiji kismis) dan gaulkan dgn 2 sudu gula pasir kemudian masak sehingga epal menjadi lembut keperang-perangan.

2) Di dalam mixer, pukulkan mentega dan gula kastor sehingga sebati dan gebu kemudian masukkan telur satu persatu.

3) Masukkan pula whipping cream dan tepung naik sendiri dan pukul lagi hingga sebati...

4) Masukkan epal yg dimasak tadi, gaulkan, then masukkan ke dalam acuan loyang dan bakar pada suhu 170 lebih kurang 45 minit.

(oleh kerana adunan ini menghasilkan kek yg comel - gunakan la acuan yg comel sahaja ya puan2).

3 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.