Saturday, April 9, 2011

Antara Resepi2 kek Red Velvet yg I pernah derhaka


Hari ni (27hb June 2011 ketika mengedit entry lama ini), I buat lagi satu kek red velvet resepi derhaka... saja je, nak cuba buat dia plain.. sementara si Ain ada kat rumah ni, tak sampai ati plak nak suruh dia makan kek yg merah menyala tu.
Oh sorry, gambar kek tu tak dapat diupload kat entry ini la Yang... entah la.. blog I dah merajuk agaknya, so just nak bagitau kat sini... penderhakaan adalah sebagaimana berikut :
1) I tambahkan jumlah cuka (ketika menuangnya ke dlm soda), tambah dlm 1 st.
2) Tak bubuh pewarna merah.
3) Susu cair dah habis, so I guna susu tepung dlm 3 1/2 sudu besar penuh.

lain-lain adalah mengikut sebagaimana resepi di bawah...

Yang bawah ni gambar lama..
tak berapa cun sebab time ni baru first time buat



saja pilih kaler hijau - kek green carpet



RESEPI KEK RED VELVET

Resepi ini adalah kepunyaan Cik Irma dan diturunkan kepada Cik Min
dan Cik Min telah berjaya membuat saya exited untuk mencubanya. Wah! Memang best!! Lama dah nak buat, tapi asyik lupa nak beli cuka, semalam baru teringat - padahal bukan la byk mana pun digunakan.. sekadar 2 sudu kecil sudah mampu merubah kek ini menjadi lain dr yg lain.

Bahan A

250 gram tepung gandum atau tepung naik sendiri
1 tsp baking powder – (jika guna tepung naik sendiri tak perlu bubuh)
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder
Bahan B -campur dan kacau sebati
240 ml buttermilk*
2 tbsp pewarna merah
nota * : (Utk gantikan buttermilk jika tiada di pasaran : Campurkan 240ml susu cair dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan)
Bahan C
113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla
Bahan D
1 tsp cuka
1 tsp baking soda

Topping – Cream Cheese Frosting.
227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone (jika tiada tak pe)
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream

Cara

1) Proses2 bahan C bermula iaitu dengan memukul butter (yg telah dibiar dlm suhu bilik) - pukul selama 3 minit
2) Masukkan gula kastor - pukul lg 3 minit
3) Masukkan telur one by one (2 minit pukul tiap satu).
4) Masukkan esen vanilla - pukul seminit.
5) Then masukkan Bahan2 A (tepung, baking powder, coco dan garam yg telah diayak tadi) selangselikan dgn Bahan B (campuran buttermilk* yg telah bercampur perwarna)
6) Dlm bekas kecil, masukkan bhn2 D, biar campuran tersebut berhenti berdesir baru masukkan ke dlm adunan kek td. Kacau sebati.
7) Siap utk dibakar dgn acuan 9' (2 bekas berbeza)... nak buat 2 tingkat kan (yg ditemukan oleh cream cheese di tengah-tengahnya nanti)...
8) Oven suhu 175 C selama 30 minit atau lebih (bergantung pada jenis oven anda) ---> perlukan sedikit kepakaran anda di sini utk memahami jenis oven anda.
9) Bila dah masak. Tutup oven biar 15 minit di dalam oven sebelum dikeluarkan.
Topping

1) Pukul creamcheese Phidelphia, jenama Tatura pun still ok. Pukul bersama mascarpone hingga kembang - 5 minit.
2) Masukkan esen vanilla, gula icing - putar lg
3) Masukkan whipped cream dan putar lg 2 minit. Biar likat...klu tak likat masukkan dulu peti ais before digunakan.

Selamat Mencuba.

3 comments:

  1. rajinnya MM membangking.....
    kalau lah ayu jiran sebelah umah kita tukar lauk pauk yer....hehehe

    ReplyDelete
  2. AYU - Wow! Bestnyaa.. of coz ku punya kek akan bertukar jd asam pedasmu kan?

    ReplyDelete
  3. auwwww..red velvet jadi green carpet ya...niceeee... :) sedap kan...

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...