Saturday, April 9, 2011

RESEPI KUEY TIAW SUP

Resepi Kuey Tiaw Sup


Kuey Tiaw Sup adalah makanan kegemaran jiran I, Uncle H. So, hari ini I ingin mengkreditkan resepi ini kepada beliau dan juga isterinya dengan ucapan "Thanks Uncle anda auntie... Selamat pagi!!" Menu ni memang ringkas dan mudah untuk disediakan. So, kepada yg bertanya tentang menu untuk kanak-kanak di pagi ini, maka inilah cadangan dari saya. Selamat Mencuba ya Puan!

Bahan-bahan :

Sebungkus kuey tiaw
1 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
fish ball
meatball - jika suka
daun sup
lada sulah
garam
perasa

Cara

1) Semua bawang-bawang tadi dimayang halus.
2) Di atas kuali (dgn minyak penuh) - gorengkan bawang-bawang tadi bersama ikan bilis. Angkat dan toskan. - ketepikan.
3) Jerang air dalam periuk - suka hati nak banyak mana..
4) Masukkan fish ball, meatball dan akhir sekali kuey tiaw tadi... jgn sampai lodoh, cepat2 matikan api. Bubuh lada sulah, garam dan perasa ikut citarasa anda.
5) Masukkan bawang2 & ikan bilis goreng tadi.
6) Sedia untuk dihidang dan hiasi dengan daun sup.

p/s : Kepada yang suka pedas - menu ini sesuai dihidang bersama jeruk lada.



6 comments:

  1. wow kuey tiaw sup tu.Terasa lapar sesangat tengok kuey tiaw sup ni, coz belum lunch lagi ni.thanks 4 sharing miss mirror, saya ambik resipi ni ya coz bhnnya simple sangat.saya rasa saya dpt buat.hehe

    ReplyDelete
  2. WIN - simple kan resepi ni? Simple tapi sedap tau! Selamat mencuba!

    ReplyDelete
  3. senang gile nak masak.sesuai la untuk orang pemalas macam saya ni :)

    ReplyDelete
  4. SFM - mmg sesuai dimasak ketika malas.

    ReplyDelete
  5. wah, x sangak simple sgt. budak2 kolej boleh msk kt rumah sewa. thanks.

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...