Oleh kerana ramai yg bertanyakan resepi udang butter ini, maka I tulis semula di sini. Sebenarnya dah tulis resepi ni di blog terdahulu tapi blog berbayar tersebut dah pun "ghaib" tanpa dapat dijejak lagi. Semoga resepi ini dapat membantu anda yg bertanya.
Udang (dalam semangkuk)
Cili padi - dipotong kecil2 membulat
daun kari
Telur kuning
mentega
Minyak untuk menggoreng
Garam dan perasa
Cara
1) Udang tanpa dibuang kulit tapi dibelah belakang digoreng bersama cili padi dan daun kari - angkat, tapis dan ketepikan
2) Di dalam kuali yg sama, panaskan mentega dalam jumlah yg agak banyak, biar betul-betul panas dan agak mencair, masukkan sedikit minyak.. biar minyak menjadi panas.. masukkan telur kuning - kirai-kiraikan meninggi (sambil tangan kanan memegang senduk untuk mengacau kuali, tangan kiri memegang mangkuk telur) teruskan hingga membentuk jejala yg garing dan ranggup. Tapiskan. Ketepikan.
3) Masukkan udang dan cili padi yg telah ditoskan tadi. Tambah garam & perasa ikut kesesuaian.
4) Angkat dan sedia untuk dihidang bersama egg floos tadi.
NOTA : Sesetengah resepi mereka bubuh sedikit nestum ke atasnya.
Tip Mengkirai telur supaya cantik bertali2 mcm bee hoon..
1) Guna..botol sos yg mulutnya kita potong sendiri lubang kecil saja.
2) Pukul telur dgn nestum, pukul jap untuk hancurkn je.
3) Panaskn minyak, letak telur dlm botol, angkat tinggi picit kat minyak.
4) Dgn menggunakan lidi satay, cepat2 gaul satu arah.
5) Maka akan jadi le cam mee hoon, ianya akan berbuih, kuning emas.. then bleh la diangkat dan toskan.
Senang jugak nak buat ye MM..tapi rumah I dah di'haram'kan udang ni...Mr Hubby n anak kena pantang makan udang la...gatal2 dua org hero ni ni bila makan udang!!
ReplyDeleteGIE - senang..cuma part nak kiraikan telur tu je adakala tak seranggup mcm kat kedai.
ReplyDeleteOoo dah pantang makan dah bebudak tu? Anak sulung I pun sama.. elergi. Keluar pimple nt.
alamak. terliur pulak.
ReplyDeleteFIE - so.. apa lagi! Senang je tu kan ;)
ReplyDelete