Monday, April 25, 2011

Ketayap Bercorak

Menonton si Lady Diana bersama IRP sambil menikmati ketayap bercorak yang I janji nak buat dari semalam....

Tidak la secantik yang kengkawan buat... tapi boleh la kan... first time bermain dengan kaler-kaler ni semua.. lagi pun seram la sensorang mlm2 kat dapur tu .. langsung tak bleh nak fokus dgn apa yg dibuat.

Memang seram you! Terbayang Kak Limah balik rumah....Tadi time ambik daun pandan belakang rumah, minta si Shashal temankan walaupun baru pukul 9.00 mlm. Sib baik ada si bujang kecik tu. Hehe..

Kepada yang belum tahu bagaimana ianya dicorakkan, inilah "pembantu2" di dalam kerja-kerja di atas... Botol sos/kicap itu berfungsi sebagai piping bag... Paipkan (picitkan) adunan pertama yg telah diwarnakan dengan warna pilihan (I pilih warna hijau) ke atas kuali dan corakkan membulat atau ikut suka ati anda sebagaimana anda membuat roti jala... (oh ya.. kalau nak guna acuan roti jala yg biasa tu pun boleh).... then tunggu kejap hingga ia separuh masak... tambahkan pula adunan lain yang telah diwarnakan (I pilih warna kuning telur) biar tuang hingga memenuhi permukaan kuali tersebut.. goyangkan kuali hingga adunan merata.


Kepada anda yang suka bermain dengan warna makanan, boleh la buat corak-corak seperti ini.... unik kan bila kuih ketayap anda bercorak-corak cantik seperti ini? Bunyi spt I sedang bergurau.. tetapi saya berkata dengan serious ni... kalau berani cubalah.

Anda juga boleh membuat corak-corak dam (bagi anda yg dah biasa buat roti jala corak kekotak tu, tentu dapat menghasilkan corak ketayap yang sangat cantik)... dan juga corak pua kumbu. Yang penting, anda beli je botol-botol kicap spt yg I cadangkan di atas dan isikan saja dengan adunan pelbagai warna.

Terimalah pendapat saya ni... anda pasti akan menghasilkan ketayap yang lain dari yang lain. Nanti dah siap tunjuk kat I tau!

***Resepi takyah tulis la kan.. semua pun dah pandai.

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. walawehh ketayap batik? hehe..idea yg baik..mesti makin berselera kan =)

    ReplyDelete
  3. bagus tip ni.. tak pernah cuba buat ketayap cantik macam ni.. selalu plain je.. menarik

    ReplyDelete
  4. HANY - lain kali I buat tema Johor plak.. biru, merah, putih..:D

    AISHAH RK - So.. apa lagi? Jom bermain dgn warna ;)

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.