Minum petang kami hari ini ialah Cendol Nagasari dan Macaroon daun pisang (sila jangan buat penderhakaan resepi spt ini puan-puan kerana macaroon sukar untuk ditanggalkan berbanding mengunakan kertas minyak - sib baik la ada si gadis kecil yang rajin nak tolong Mamanya petang ni. Mesti ada udang di balik butter la tu...
....................................................................
Oo patutlah....rupa-rupanya nak request Mamanya buatkan Cendol Nagasari.. dah ada macaroon, kuih puteri ayu malam tadi pun tak abis... last2 cendol pun dia nak... layankan je la kan... selera bebudak...... dan mamanya jadi tersangat penat... sebab tu tak sempat membalas kunjungan lagi mahupun blogwalking. Moga difahami.
Resepi Cendol Nagasari..
(Thanks kepada pemberi resepi).
1 paket cendol (basuh dan toskan)
4 sudu makan tepung hoon kwee
2 cawan tepung jagung
1 st garam
3 biji kelapa (19 cawan santan)
5 helai daun pandan
2 cawan gula
daun pisang yg telah dilayur (agak banyak jugak diperlukan)
CARA
1) Masukkan kesemua bahan-bahan dlm satu bekas (kecuali cendol). Kacau rata...
2) Bila dah sebati, tapiskan kesemua bahan ke dalam periuk... didihkan hingga bunyi blubpp!!
3) Bila adunan dah pekat masukkan cendol tadi dan masak hingga rata.
4) Matikan api dan angkat. Ambil sudu dan masukkan dlm daun pisang mcm kita buat lepat.
5) Masuk peti ais. Bila dah sejuk baru makan.
SELAMAT MENCUBA!
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.