Tuesday, April 19, 2011

RESEPI KUIH PENERAM

Resepi Kuih Peneram 





500gm Gula Merah
300gm Gula Pasir
1kg Tepung Beras cap gajah
2helai Daun Pandan
Minyak masak untuk menggoreng






(Jgn lupa undi MISS MIRROR utk kategori di atas  undian bermula 23 Apr -13 May 2012...tq)


Cara-cara

1. Masak air(Paras air sama banyak dengan gula),gula merah,gula putih dan daun pandan hingga mendidih dan pekat sedikit.

2. tuangkan air gula yang mendidih tadi ke dalam mangkuk yang berisi tepung beras.tuang sedikit demi sedikit sambil dikacau-kacau. (Tuang ketika air masih panas supaya tepung beras tadi masak).

3.Gaul sebati dan peram selama 1 hari.Dlm tempoh 4ke5 jam adunan akan mengeras sedikit tambahkan 1/2@1 cawan air gula yang panas, kemudian uli sehingga lembut.

4.Panaskan minyak di dalam kuali, dengan api perlahan,sementara itu,Ambil adunan sebesar guli di leperkan,buatkan lubang ditengah gunakan lidi atau chopstik. goreng hingga kuih tadi timbul dan bewarna kecoklatan. (goreng hingga siap)

Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba. Kredit kepada KN atas resepi ini.


Resepi ini telah dipublishkan di Kelab MEM Besar dan dikongsikan semula di sini khas untuk anda yang bertanya.

No comments:

Post a Comment

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...