Wednesday, April 13, 2011

Menggoreng Pisang Sweet 17

2 hari lepas menunai hasil tani belakang rumah...



dapat la setandan pisang lilin



Memang masih mentah lagi... sebab Resepi Goreng Pisang Kari
ini hanya sesuai untuk pisang yg masih mentah, sunti
dan masih suci.. (ibaratnya kalau anak dara, dalam umur 17 tahun macam tu la kan...oh sweetnya kan masa itu)





Rasa dia lemak-lemak masin.... tak tau la sama
ada anda suka atau pun tidak, tapi bagi I, ianya lebih sedap dari french fries..


Bagi yang terasa asing dengan menu ini, I berikan cara-cara menggorengnya :

Pisang lilin (jgn guna pisang lain plak... nt tak jadi) yang masih mentah - buang kulit dan potong tebal2 (jgn potong tipis....nanti jadi kerepek plak), basuh.
Garam - secukup rasa
Serbuk kari - secukup rasa
Tumix - ditabur sedikit ke atas hirisan pisang tersebut
Goreng dgn minyak penuh.

Menjengah sebentar pokok kari yang disebutkan IRP semalam... Alahaiiii masih terlalu "budak sangat" la pokok kari ni Yang, I sangka dah merimbun... tak sampai ati rasanya nak petik untuk menu tengahari kami nanti --> ( Ikan Masak Hijau sebagaimana resepi di dalam blog ini. ). Sedapnya... diharap beliau menghalalkan resepi itu dicopy paste di sini.

  • 2 ekor ikan tenggiri-di potong, bersihkan dan toskan (I nak guna ikan merah.. sebab dah goreng ikan tu semalam)
  • 2 ulas bwng putih*
  • 3 biji bwng merah*
  • 1/2 inci halia*
  • 4 tangkai cili merah*
  • 4 tangkai cili padi merah*
  • sedikit belacan *(* di tumbuk/ di kisar halus)
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 batang cili hijau- di potong serong
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • garam & sedikit gula
  • 1 cawan air atau lebih.
  • 2 biji limau kasturi- ambil jusnya je
Cara-Cara
  1. Ikan di potong, bersihkan dan toskan, gaulkan dngn sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan ikan hingga separuh masak dan ketepikan.
  2. Kisar atau tumbuk bahan2 yg bertanda *.
  3. Panaskan minyak di kuali dan tumiskan bahan2 yg di tumbuk sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, daun kari dan lada hijau yg di potong serong.
  5. Masukkan ikan yg telah di goreng tadi, dan gaul sebati. Masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan perahan jus limau kasturi.
  6. Biarkan hingga mendidih, perasakan. Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah di angkat dan di hidangkan bersama nasi putih panas2.

Bagi anda yg ingin melihat bagaimanakah rupabentuk Ikan Masak Hijau itu... silalah ke blog itu (especially kakakku yg mungkin membaca entry ini).


2 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.