Wednesday, April 13, 2011

Popia Mee Segera bersama Sos Kismis


Popia berintikan mee segera. Kulit popia ini bersalut telur yg telah dipukul - motif : saja nak tambah-tambahkan protein kepada bebudak yg makan nanti... Lagipun ia menjadikannya lebih ranggup.

Then, kononnya I tidak la rasa berdosa sangat memberi mereka makan mee segera yg kosong je pulak kan bila kita dah bubuh bermacam2 benda yg menyeimbangkan zat.. contohnya sayur-sayuran (mix veg dlm paket tu), dsbnya ikut citarasa masing2. I tak bubuh perencahnya pun, tapi menumiskannya dgn onion and garlic. Kalau anda nak bubuh.. bubuh la.. tentu lebih sedap. Kalau untuk I makan sendiri maybe I akan bubuh.

Kpd yg bertanya resepi penuh tadi :

Untuk inti
2 bungkus mee segera (jenis goreng) - direbus jgn sampai lodoh - toskan.
bwg putih
bwg merah
sayur campur
perencah mee segera

(I bubuh sedikit hirisan daun limau purut - sapa yg tak suka takyah bubuh)

Setelah bahan2 dimayang, tumiskan dlm kuali dan gaulkan bersama dgn mee segera td...
angkat. - ketepikan.

Ambil sekeping kulit popia - masukkan inti mee segera di atas. Lipat.
Pukul telur dlm 2 biji. Masukkan popia yg telah disiapkan tadi ke dalam telur.. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan siap untuk dihidangkan bersama sos di bawah.






Oleh kerana Shashal paling liat untuk makan kismis, so... I harap dengan kuah popia bercampurkan kismis yang telah direndam (sepatutnya direbus, tapi untuk mengekalkan zat I rendam2 manja je dlm air panas) dan diblend bersama cili kering dan bawang putih ini (dijerang di atas api bercampur dgn gula) memberikan peluang untuk dia menyukainya. Terima kasih kepada pemberi resepi - sorry tak ingat nama. Memula rasa time dalam periuk tadi mcm pelik, tapi bila dah diangkat dan dimakan bersama popia mee segera itu, memang sedap! Satu kombinasi yg ideal untuk makan dan makan lagi.

NOTA : Kismis bagus untuk otak.

6 comments:

  1. eh eh..boleh dcuba resipi ni..jus kismis?..hurm,mcm sedap je tu..

    ReplyDelete
  2. Mommy Yen - sos kismis tu, ada rasa pedas2, manis, masam.. harus dicuba ;)

    ReplyDelete
  3. akk, gambar gajah dah dihitamkan terus. sebab dah 3 blogger terkejut dengan gajah tu. saya tak nak jadi pembunuh bersiri kalau ada yang mati terkejut, hahahaha......

    btw, teringin pulak nak rasa masakan akk tau. akk duk JB kat mana?

    ReplyDelete
  4. Tasha - sian gajah yg tak berdosa itu!

    Nak rasa masakan Akak.. huhu..terharunya.. Thanks kerana ada niat itu.. entah apa rasa!

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...