Friday, April 22, 2011

RESEPI KEK MARBLE BERKAYA

Sesiapa yang malas nak guna oven, boleh la mencuba resepi yang I nak share ni. (Terutamanya buat kakakku pemilik periuk pengukus yang canggih tu - Kak! Cuba tau resepi ni... sedap! ).

Sebelum pegi kepada resepi, nak cerita sikit pasal oven. I guna oven biasa je yang dapur gas punya tu (bawah oven atas ada stove) dan pastinya tak bleh nak adjust api atas and bawah secara bergilir. Maksudnya kalau nak guna kena guna serentak api atas dan bawah.

Kalau kek2 yang jenis tak berlequid (pesal aku rasa macam aku salah spelling je ni?) macam kek epal, kek carrot benda ni bukan bermasalah sangat, sekejap je pun dah masak. Tapi kalau kena dengan kek yang degil lagi lembab conditionnya... contohnya kek coklat memang selalu problem. Then I tertarik dengan tip yang kengkawan bagi untuk mengatasi perkara ini. So, takyah pening2 nak beli oven baru pasni semata-mata ingin mengikut kehendak resepi sangat. Mari kita derhaka !!!! (derhaka resepi je.. jgn derhaka orang tua plak).

1) Tutup rak atas menggunakan dulang jika hanya ingin menggunakan api bawah dan begitulah sebaliknya.... wah! good idea dan I sedang meng"imagine"kan sesuatu tentangnya.

2) Jika kek susah sangat nak masak walau dah berjam-jam membakar dirinya di situ, tutupkan loyang menggunakan aluminium foil.


Apa-apapun... pandai-pandailah menjiwai oven anda sendiri. Pendek kata, kalau acuan yang digunakan cukup besar (mengikut yang disaran resepi)... insyaAllah cepat ler masaknya tu walau apa pun bentuk fizikal oven anda.

p/s : I bukannya pakar, tapi suka buat kecoh je... mana la tau kan, ada yang memerlukan tip-tip ni semua.

Ini aktiviti semalam :



Resepi Kek Marble Berkaya Miss Mirror

3/4 dari sebuku mentega (250 gram)
2 cawan tepung gandum - suka ati la nak ayak ke tak nak..
1 cwn gula kastor
1 cwn susu pekat manis
5 biji telur
1 st esen vanilla
1 tin jem seri kaya (saiz kecil)
1 st ovelette
4 - 5 jenis warna kesukaan... I guna warna hijau, kuning telur, merah, coklat dan oren

Lengserkan acuan menggunakan mentega, masukkan ke dalam periuk pengukus.

1)Pukul gula + mentega hingga kembang, masukkan telur, susu pekat, ovelette, esen vanilla... pukul lagi.
2) Masukkan jem kaya dan diikuti tepung.. kaup balikkan guna senduk kayu/plastik..... jika ada yang berketul-ketul... teruskan kacau hingga hilang segala yg berketul2 itu supaya nampak smooth...bahagikan adunan kpd 4 hingga 5 bahagian.
3) Buat satu lapisan nipis (jgn tebal sangat nanti lambat nak masak) menggunakan adunan tadi (jgn habiskan kesemuanya) ke dalam acuan loyang yg telah dimasukkan ke dalam pengukus dengan memasukkan sekelompok-sekelompok warna (untuk semua warna), pastu marblekan... tutup pengukus... biar selama lebih kurang 10 minit (atau sekira-kira masak).
4)Bila lapisan pertama dah masak... ulang lagi perkara yg sama menggunakan baki adunan dengan memarblekan ianya hingga masak sehingga la selesai semua adunan.
5) Pastu bila dah siap semua... kukus lagi selama lebih kurang 1/2 jam atau lebih... (try test guna garfu).

NOTA : Sedap dimakan ketika panas dan habiskan juga ketika masih panas.. Jangan masukkan peti ais, nanti jadi kecut ;)

4 comments:

  1. kalau lapar memang untung jengah blog MM ni..terus dpt ilham nak buat sesuatu...ekeke

    ReplyDelete
  2. Mommy Yen - Cuba tau! Penat dah I taip utk uoll.. hehe.

    ReplyDelete
  3. PEH! BEST AH KEK NI~ XPERNAH TRY LG~ HEHE

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.