Tuesday, May 17, 2011

Kali ni betul-betul merapu...

I tak kisah nak promosikan tempat makan yang sedap-sedap untuk tatapan pembaca yang mungkin tercari-cari, especially area2 JB ni... FOC je.. janji I pernah makan kat tempat tu dan layanan memuaskan. InysaAllah I uploadkan dan kongsikan cerita. I paling fed up kalau jumpa satu restoran, waiter dia berlagak tak kena tempat... dah la restoran tak berapa ramai orang, waiter dia  layan kita nak tak nak je.

"Dik, nak sudu dik..." Pintaku... sambil menatap speghetti panas yang baru dihidangkan.

Dia - mencuka.

"Dik.. bil Dik.."

Dia - masih terus mencuka ---> maybe terlebih makan cuka la kot. (Kek Red Velvet.... kekekke).

Tak paham kan dengan staff2 yang macam ni? Terkurang motivasi ke apa? Pegi la jumpa Dato' Fadzillah, mintak motivasi sikit Dik Non, biar keja tu bersemangat sikit. Tengok macam kawan I yg sorang tu, aritu kan I cerita dengan uoll, dia nangis2 bagaikan dunia dah berakhir.. sejak rajin dengar motivasi-motivasi pepagi buta... sekarang ni suara dia pun ceria je kalau tepon I. I yg dengar pun bersemangat.

Ya la memang la kita dah makin tua, tapi semangat untuk ceria tu kena la sentiasa ada. Keceriaan tu kan milik semua orang... kadang tengok anak-anak happy pun, dgn tak semena-mena kita happy. Benda-benda lain yg mengganggu keceriaan tu - pi la letak jauh-jauh, bukan "mereka" pun yg nak tolong kita time kita susah. Kalau "mereka" ada tolong tu lain la...

"Mereka" tu siapa? Siapa lagi.. orang yg suka busy body tu la... Sib baik la I dah tinggalkan manusia busy body tu. Uoll bayangkan la, kalau tepon I, keja takde lain nak mengutuk... I dah buat yg ni, dia cari salah yg tu... yg tu dah lengkap, dia cari salah tang ni. Macam tu ke kita nak jadikan sahabat? Pastu kondem kita di khalayak ramai? Nak ke kita terus setia berkawan dgn org mcm tu? U sebagai orang yg normal nak ke? Then now, bila I senyap.. terpingga2... "Mana si Miss Mirror ni pegi??". Tau pulak dia rindukan I? (eh ada yg terasa ke ni?... opss sowie, sapa mkn cili dia la yg rasa pedas..).

Pada I la kan, kita kena ada prinsip... "pinggan tak retak nasi tak dingin". Tak mo lagi I dengar orang mengadu dengan I mcm ni: 

"Miss Mirror.... napa la ya si polan tu sekarang dah menyombong, mentang-mentang la dah berjawatan tinggi, tak dipandangnya aku ni?". Alahaiii ko ni pun satu.... ada lagi berjuta orang la kat M'sia ni.. yg ko pi susah ati hanya sorang yg berlagak mcm tu, buat apa lahaiiii... buang karen je tau! Baik la ko buat2 jual mahal sikit, yg pi terhegeh cari dia tu watpe??!!

Eh I menulis untuk siapa ni? Karang ada plak sahabat2 I yg salah sangka plak, actually apa yg I bebelkan kat atas tu bukan ditujukan buat sahabat2 yg selalu bertandang ke sini... diorg ni semua baik2 belaka. Alhamdulillah.. thanks ya sahabat2 semua atas segala kebaikan korang selama ni. Rindunya kat uoll... especially Datin Z, Yatie TIJB, Comei, rakan2 hingusan dan KN (sekadar menyebut beberapa nama). Entah la.. bila tah nak tepon korang ni... busy la skrg ni ---> busy main masak2 tau ;D.. bagus apa!





No comments:

Post a Comment

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...