Sunday, May 15, 2011

Kepala Penuh Dengan angan-angan


Macam-macam yang terawang-awang dalam fikiran untuk dibaking - rasa tak puas hati itu ari buat pritzel tak macam kat kedai (tersilap baca resepi), tu yg rasa nak buat sekali lagi tu. Pastu berangan plak nak buat kek oren blended (padahal bukan penggemar kek oren pun)... pastu teringin plak nak buat red velvet...

Walaupun dlm kepala penuh dgn angan-angan, tunggu balik JB karang la baru buat. Sekarang dapur MIL tgh "full house".

Aktiviti lazim kami bila balik kampung - merayau ke kampung-kampung orang... ni aktiviti wajib bila dah bosan takde idea nak gi mana.




Tetiba teringatkan janji semalam - tentang menu agar-agar kering yang hampir dilupakan oleh jenerasi moden masa kini, ok, I sertakan di sini resepinya :

RESEPI AGAR-AGAR KERING
50gm agar-agar tali
500gm gula batu
200gm gula pasir
2sudu teh esen rose
1sudu teh pewarna kegemaran
2liter air


1. Rebus agar-agar dengan api sederhana
2. Masukkan gula batu dan gula. Masak sehingga semua gula larut.
3. Padamkan api.
4. Masukkan esen dan pewarna.
5. Tuang ke dalam acuan jelly atau boleh juga guna acuan coklat.
6. Keluarkan dari acuan dan boleh la dijemur di bawah terik mentari.

Selamat berniaga.

13 comments:

  1. banyaknye angan nak buat makanan kak. buat la satu-satu dulu

    ReplyDelete
  2. hahahaha...entah la Freaky, akak ko ni..

    ReplyDelete
  3. MM, saya kureng minat agar2 kering sebab mannissssss...=)

    ReplyDelete
  4. serius punya cantik la agar2 tu..
    hebat

    ReplyDelete
  5. GIE - saya pun.. tapi still berangan nak buat jugak, kot2 la bleh ubah sikit jadi masam (bubuh jus oren ke).. hehe.

    HANY - memang menarik, tapi klu ikut resepi ni, tak tau la boleh dpt secantik itu atau pun tak.. yg tu versi moden.

    KENGKAWAN - jom kita buat secantik itu ;)

    ReplyDelete
  6. MM--
    aduh.... ayu jenis tak pemanis... biasalah gigi lubang2..
    tapi suka lihat warna warni..
    kalau raya.. sure budak2 suka;

    pic2 dikawasan pantai tu di mana?

    ReplyDelete
  7. AYU - memang, mkn manis ni buat sakit gigi je.

    Pantai tu di Pantai Teluk Wawasan, BP.

    ReplyDelete
  8. sedap..sedapp..agar2 kering ni resepi tradisi mak saya setiap kali raya..digemari oleh satu kampung..tp malangnya..saya tak tau resepi.. balik nnt la berguru dengan mak.. kekekeke.. teringat mak saya dok p jemur agar2 ni..

    ReplyDelete
  9. Linda - bestnyaa... karang Linda share plak resepi mak linda ya. ;)

    ReplyDelete
  10. salam resepi dicari2 slame nie tq.btw sy da follow sis free2 jom blogwalking blog sy http://aurasofea.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.