Wednesday, June 22, 2011

Oh sorry... ini bukan donut yep.. tapi pritzle ok.. pritzle.. P.R.I.T.Z.L.E


Hari ni mengidam sangat nak makan pritzel... tetapi senja sudah terlalu lewat, so tak kuasa la I nak tiru exactly bentuk LOVE or 8 yg macam kat kedai tu.   Janji dapat merasa seketul sudah la kan. ----> alasan orang tengah malas.

Macam biasa la....sebelum I membuat kerja dua kali, perkongsian resepi itu sudah pasti...walaupun pritzle ni pritzle versi kampung je.  Tapi hari ni, to be honest I nak cakap... I sangat malas dlm serba serbi.  Menaip pun sangat malas... oh sila jangan dekati saya hari ini nanti aura2 negatif itu akan berpindah pula kepada anda.  


RESEPI PRITZLE  (kredit kepada satu forum yg I dah tak ingat forum apa)

1 1/2 cawan air suam
1 1/8 st yis
2 st gula perang (U tau tak.. I guna gula kastor je)
1 1/8 st garam
1 cawan tepung roti ( sorry I derhaka je pakai tepung gandum kesemuanya)
3 cawan tepung gandum
(jumlah tepung di atas boleh jd akan bertambah bila anda menguli nanti - I kalau likat dan melekat kat tangan je I main tambah2 tepung sesuka hati).


Untuk Merendam Adunan  Sebelum Dibakar
2 sb baking soda
2 cawan air suam

Bila Telah Siap Dibakar
Golekkan atas ini :
4 sb butter (untuk digris pada pritzel yg telah dibakar)
Serbuk kayu manis + gula kastor

Cara Membuat Pritzel
1) Masukkan yis pada air suam dalam mangkuk, kacau hingga larut, tambahkan gula, garam dan kacau.
2) Tambahkan tepung dan adun hingga elastik.  Kalau melekat kat tangan je.. tambah tepung lagi.
3) Perap 1/2 jam atau hingga kembang.
4) Cetakkan adunan dan uli hingga membentuk memanjang dan diameter sebesar pensil (I malas, I pun guna je acuan donat).
5) Celupkan pritzel yg dah siap dicetak itu ke dalam air soda yg telah didihkan.  Biar sekejap.. angkat.
6) Susun atas dulang pembakar.
7) Bakar 450 C - 10 minit (bergantung kepada oven anda).
8) Griss dgn butter dan bubuh ke dlm campuran gula + serbuk kayu manis tadi (atau apa2 jua yg anda sukai spt serbuk garlic, coklat dsbnya).

NOTA :    Jangan assume yang pritzle ini akan menjadi seperti kat kedai, sebab penderhakaannya pun terlalu banyak,  tapi cukuplah sekadar buat rasa2 dpd takde kan.  Jika anda terjumpa "sweet butter" di mana2 kedai bakery, itulah sebenarnya rahsia yg memberikan kelainan kepada pritzel.

9 comments:

  1. kak Mm
    ada baki lagi tak?
    simpan untuk ayu ya...

    ReplyDelete
  2. AYU - masih byk lagi.. sampai ada yg terhangus.. mai la.

    ReplyDelete
  3. Miss Mirror... I tau donut ye.. hehehe...masuk KR & Myresepi bru tau..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. oh maybe typo error : "I tau donut JE"... I tod u nak ckp "I tau donut ye".

    ReplyDelete
  6. yup.. typing error la tu..hehehe...

    ReplyDelete
  7. Wat suspen je..sangkakan u nk ckp yg resepi ni resepi donut. :D

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.