Sunday, May 29, 2011

PERJALANAN HIDUP TELAH TERTULIS...

Untuk resepi  SAGU HONEYDUE : Sila scroll down.






Perjalanan hidup manusia tidak sama antara satu sama lain, begitu jua dalam sesuatu perhubungan.. ada yg dimulai dengan kegembiraan... sehari-hari gembira hingga ke hujung nyawa. Ada yang dimulai dengan kesedihan namun akhirnya berpenghujung dengan kegembiraan dan ada jua yang dimulai dengan kebahagiaan... namun berakhir dengan penderitaan.



Justeru itu sahabat-sahabatku, jika hari ini kau sedang tersenyum bahagia di samping insan yang kau cintai, syukurilah nikmat pemberian-Nya itu dan teruskanlah berdoa, mudah-mudahan ianya berkekalan. Tetapi jika yang berlaku adalah sebaliknya, percayalah... bahawa Allah tidak pernah tidur, malah DIA maha mendengar. Teruskanlah membuat penyerahan diri pada-Nya. Pasti akan tiba waktunya untukmu menuai bahagia dari hujung sebuah derita.


Salam takziah dariku atas berita penceraianmu sahabatku... walaupun aku hanya tahu dari orang lain. Aku tidak menyalahkanmu merahsiakannya dariku. Mungkin kau punya alasan tersendiri. Semoga Allah menemukan insan baru yg jauh lebih baik dari diri"nya" di kemudian hari. Ameen.    

Salam sayang dan rindu  dari sahabatmu...  SAM



RESEPI SAGU HONEYDUE

3/4 dari sepeket sagu, santan sekotak, gula, garam. 1/4 dari sebijik honeydue (dibuang kulit dan diparut).

Cara : Rebus dulu sagu bersama secukup air, garam dan gula. Bila dah kembang dan lembut, masukkan santan dan kacau2 hingga santan masak. Angkat. Bubuh parutan honeydue dan ice. Sedap dimakan ketika sejuk (after masukkan dlm peti ais).


13 comments:

  1. Assalam,

    Innalillah.

    Sagu tu sodappp. My feberet. Jom visit mamawana at other blog

    http://lautkasih.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. W'salam Mamawana - sorry lama tak jenguk Mama di sana, dashboard MM dah tak boleh bukak.

    InsyaALLAH nanti MM masuk ke blog baru Mama ya.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. MM i bleh rasa kesedapan resepi U ni dgn hanya melihat gambar... letak ais pulak tuh... kalau letak gula yg kaler hitam tu.. ish lupa pulak.. ala yg org taruh dlm cendol tu boleh kot kan... nk try nk try nanti..hehehe thanks sharing

    ReplyDelete
  5. ENY - I mendapat idea resepi ni selepas lunch kat hotel aritu.. diorang tak bubuh plak gula merah rasa2nya. Sedap sgt. I pun confuse sama ada perlu bubuh daun pandan atau pun tak. Nt u modify2 sendiri ikut selera ya. Tanya2 la dgn Pakcik Google. ;D

    ReplyDelete
  6. kakakku MM,
    kadangkala,, kita inginkan yang terbaik..
    namun... semua y berlku DIA punya kuasa....
    ayu mendoakan, akan datang sahabat kak MM bertemu dgn yang sesuai..


    PS: ayu tak pernah makan.. hehehe, nampak sedap

    ReplyDelete
  7. Thanks Ayu - sgt bernas nasihatmu itu.

    ReplyDelete
  8. semua itu urusannya kita tawakal sahaja...

    ReplyDelete
  9. Semoga setiap perkara itu mendatangkan kebaikan... Walau pahit...

    ReplyDelete
  10. Nampak mengancam la menu ni..nak try!!

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.