Thursday, May 26, 2011

Yang ke 134...

RESEPI EGGLESS DONUT - donut tanpa telur

Mana ada I sedih da... dah tak sedih dah ni. Riang ria menikmati donut orang sakit. Terpaksa la buat eggless donut plak arini. IRP kata, dah sakit2 rehat je la kan.... tapi minda ni dari semalam asyik dihantui dengan gambar-gambar donut yg kengkawan upload, rasa nak makan je, so mlm tadi buat la jugak 13 biji donut ni.




I rasa, ini adalah resepi donut yang ke 134 tah yang ke 200 pernah I cuba....haha.... nak kata umph sangat tu takde la.. tapi bagi bebudak yang baru nak belajar buat donut, boleh la salin resepi ni sebab tak terlalu banyak pembaziran bahan sbb semua bahan2 pun senang didapati di dapur rumah ibu anda.



RESEPI DONUT TANPA TELUR

BAHAN A
250gram tepung gandum
1 sudu gula
secubit garam
1/4 cwn minyak masak
2 sudu besar susu serbuk

*Satukan semua bahan di atas

BAHAN B
1 1/2 sudu besar yis mauripan ( dlm 2 gram)
1/2 cawan air suam

*satukan kedua2 bahan di atas

Cara

1) Gaulkan bahan2 A dalam mangkuk besar. Masukkan minyak masak ke dalamnya, gaul sebati.
2) Masukkan bahan B (yg telah dibiar selama 10 minit hingga berbuih - tak berbuih pun takpe, still ok).
3) Uli-uli kesemua bahan - jika keras boleh tambah lg air suam.
4) Bila telah menjadi satu adunan - tutup dgn cling flim atau kain lembab selama 1 jam.
5) Setelah adunan mengembang, tumbuk2kan untuk mengeluarkan angin.
6) Uli sekali lagi dan canaikan. Terap dgn adunan donat.
7) Rehatkan selama 5 - 10 minit sebelum digoreng dgn minyak penuh dan api sederhana (jgn besar sangat).
8) Taburkan gula kastor ketika masih panas (after toskan minyak).




AYAM TIGA RASA - yang hanya dapat dipandang sepi, doktor tak bagi I makan pedas-pedas untuk 2,3 hari ni. Resepi dia, sama saja macam kita buat siakap 3 rasa, bubuh serai, lengkuas dll. pastu nenas... macam biasa la kan. Tapi bagi penggemar ayam masak merah, resepi ni tak sesuai  utk anda sebab ayam masak merah jauh lebih sedap (ini menurut juri-juri tak profesional di rumah ini - siapa lagi kalau bukan kanak2 itu). Hari kedua baru rasa kesedapan ayamnya yg diresapi oleh potongan kiub-kiub nenas dan tomato puree ini. Maka, sebatilah rasa masam, manis dan pedas. Leceh la plak kan klu macam tu, takkan tiap kali masak, nak tunggu hari kedua baru hidang plak?




Ok.... hari ni I tolong peragakan bahan-bahan kuih yg sering ditanyakan oleh sekumpulan "Penggiat2 Kek" yang sering I temui di alam maya ini (Apa khabar dik?). Ok Dik, dari kiri tu soda bikarbonat, emplex, baking powder, cream of tar-tar dan yang kuning tu ialah ovelette atau kalau di pasaraya selalu mereka tulis sebagai sponge stabilizer.


Baiklah... itu saja kot nak tulis.... emmm ha oh ya, lupa plak, just nak tanya, kenapa ya selalu I terbaca bila orang ingin berkongsi resepi mereka tulis begini "saya uploadkan pix-pix dan resepi ni bukan ingin menunjuk pandai sekadar...bla bla bla".

Apa plak menunjuk pandai, berkongsi ilmu kan ke bagus tu Dik Non?? (Dik Non = Cik Anon = Anonymous). Tak kisah la walau sekadar berkongsi resepi menggoreng telur mahupun menanak nasi sekalipun. Mungkin bagi kita yang dah biasa buat semua tu, kita anggap tak penting, tapi bagi gadis-gadis sunti anak piatu (tak beribu) yang baru belajar turun ke dapur, dapat gak mereka meraih ilmu walau ketiadaan ibu di sisi.. nauzubilahiminzalik, jangan la anak-anak I kehilangan ibu mereka buat masa ni... kesian plak sapa nak ajar mereka memasak nanti. Haha.. merapu plak I pagi ni.







9 comments:

  1. MM,kena cuba gak ler resipi donut mm nie..anak2 akak antu donut..kita yang tukang uli pun dah malas nak nguli,hihihihi,
    oh ye..terlanjur tu akak bagtau kat sini ajer laa yer,pasal shell tart tu kalau taknak dia lemau cuba letak sedikit gula taburkan dalam bekas kita buh cistart tu..
    kat umah akak tak dan nak simpan,tang2 tu gak lesap ..kwangkwangkwang....

    ReplyDelete
  2. rajin giler buat donat..!!! :)

    ReplyDelete
  3. Kak Asma - donut ni versi orang sakit la, takde telur.. kot la nt Akak tak suka plak.

    Ttg cheesetart tu, ok gitu plak.. Thanks ya atas tip tu. Masalah MM bukan lemau kak, tapi cepat berkulat.

    ATY FARED - tu la yg I pelik tu.. asyik buat donut je kan I ni. :D

    ReplyDelete
  4. ini betul2 menguji kesabaran perut aku..

    ReplyDelete
  5. sakit2 pun masih rajin memasak.. bagus2.. hehehee

    ReplyDelete
  6. Linda - kalau tekak ni dah rasa teringin sangat nak makan.. mcm tu la I jadinya.. :D

    ReplyDelete
  7. cedapnye!..rindu nk masak jgk, ehehe leh cpt kawin =.='

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...