Saturday, June 18, 2011

Fesyen Raya 2011 Cadangan Teman FB

Nota untuk Cikgu MS ~ Ello you...nampaknya masih ada simpati blogspot terhadap aku!! Dapat balik login guna ID yg ni. Thanks blogspot. Alhamdulillah.

Ok.. apa crita uoll arini? I cuci-cuci mata kat Nagoya, Plentong - actually niat utama untuk belikan baju raya anak-anak. Oh punya la exitednya Miss Mirror nak raya tahun ni... hahaha.

Itu ari ada yang cadangkan pada I tema raya kali ni biarlah ada hubungkait dengan kegilaan ibu-ibu masakini yg tak sudah dengan apam dot-dotnya. Yup! I pun setuju... cantik baju dot2 jika kita pandai menggayakannya. Tapi awal-awal lagi Qistina dah pesan... "Ma, kita tak nak kalau Mama buatkan baju yg ni" sambil menunjuk kepada gulungan2 baju di bawah :


hehe.. macam-macam selera bebudak ni bila dah tahu bergaya...


ok.. tak nak pun takpe... Mama tak paksa pun.


Ini pun dot-dot jugak... hijau dot putih... Mil kata I sesuai

dengan kaler hijau tapi I je yg tak banyak koleksi hijau...






Baju Melayu Lelaki pun ada.... serendah RM39.00 - RM60 ++
Kain tak tau dari jenis kain apa ni...





Ok kan ni kalau buat baju kurung pahang, pakai shawl warna hitam

inner merah, dan digayakan dengan necklace manik leper besar2 juga warna merah.


Jangan risau, I tak beli pun kali ni (sebab dah pun siap 2 helai baju raya yg I crita itu ari)...cukuplah tu kan... Untuk anak-anak, akhirnya I belikan kain motif bunga ikut citarasa mereka. Tapi nampaknya I kena la jahit sendiri, sebab tailor semua dah tak sudi nak ambik. :'( .... Hmmm... lamanya tak menjahit, entah apa jadi la hasilnya nanti. Kita tunggu dan lihat.






No comments:

Post a Comment

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...