Thursday, June 2, 2011

Punca-punca dianakmenatutirikan dan resepi Red Velvet yang lebih gebu


Simpati pula kepada ANAK CHOTT atas luahan masalahnya di entry ini. I harap beliau akan terus cekal menghadapi satu ketidakadilan. Begitu juga kepada wanita2 yang telah pun meng"inbox" I sebelum ini, yang menyuarakan pelbagai masalah kekalutan rumahtangga. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul beban. Kewujudan anda jua sebenarnya satu rahmat yang Allah turunkan supaya I lebih mensyukuri diri sendiri. Terima kasih kerana mempercayai Miss Mirror sebagai teman berkongsi masalah.

Bagi adik-adik cumil yang blom berkahwin, hari ni Miss Mirror berikan sedikit gambaran simptom-simtom untuk anda bakal di "anak menantu tirikan" ---> ni kira entry ala menakut2kan... hahahaha..... TETAPI (ingat ya.. ada perkataan TETAPI di sini)... ini semua hanyalah ramalan dari cermin - Mirror Mirror On The Wall saja... tak semestinya betul. Salah dan silap sila jangan marah.... cool!!

1) Bakal ibu mertua anda ada calon lain. Anda bukan menantu pilihan.

2) Suami anda bukan anak kesayangan keluarga.

3) Wajah anda mirip-mirip orang yang mertua anda benci. (ada satu kes, kawan I kena reject oleh bakal ibu mertuanya hanya kerana wajah beliau seiras dgn pompuan yang merampas suaminya.... adohaii sian betul la kawan I tu).

4) Tak sekufu.

5) Mertua anda terkena ilmu hitam.

6) Buang tebiat/meninggal kasih ----> tak faham la nak terangkan, sila rujuk kamus.

CARA MENGATASI ---> kawin dengan anak tunggal.... lol!!!

Ala don't worry..... pantai lagi kan berubah kan, ini kan pulak hati manusia, sekeras-keras donut yang tersalah buat pun akhirnya lembut bila terkena air... so, usahlah gusar2, kalau hati dah berkenan, lautan api sanggup direnangi, pokok pangkalnya Cik Abang you pandai-pandailah memainkan peranan, jangan la dia pulak yang tak matang dalam membuat keputusan. Eh entah apa yg I dah merepek ni, tak fokus langsung menulis entry di tengah2 keriuhan orang2 menonton tv ni... grrrr!!!!

Ok.. lupakan seketika tentang itu, kita tengok apa yg ada dalam oven I hari ni......





KRV again. Ramai merungut, KRV mereka tak gebu, tersilap resepi dan bla bla bla.... ok, resepi kali ni dijamin gebu..(thanks kepada yg empunya) cuma I tak pasti kenapa kali ni rasa Soda Bikarbonat dia kuat sangat (jangan kata saya tak ayak ye! dah 2 kali ayak dah pun.. maybe memang rasa dia mcm tu kot? Tekak I je yg tak biasa dgn kek2 yg bersoda2 sangat ni). Lain orang lain citarasa kan. Kalau uoll ingin mencuba KRV versi yang lebih gebuz ini sila klik sini.

Untuk topping kali ni I tak guna creamcheese sebaliknya guna tepung plus susu yg di"double boil"kan.....dapat resepi dari Mat Saleh. (dalam gambar atas ni I blom bubuh topping lagi... tapi kengkawan dah sibuk sangat request pix, so I cecepat snap je la).

Untuk resepi topping yang I nyatakan ni, sila klik sini. Tak tergamak nak copy pastekan di sini sebab tak minta izin pun.

6 comments:

  1. haih seram benor kalau bakal mak mertua ada calon mereka sendiri dan bukan diri kita. huhuh

    Blog Makhluk Asing

    ReplyDelete
  2. Freaky - huuuu mmg seram ala kelakar seram. :D

    ReplyDelete
  3. kak share resepi topping tue,mcm menarik jer

    ReplyDelete
  4. NONIE - Nanti free2 I taipkan ya...

    ReplyDelete
  5. kawen anak tunggal??oh no!tiap kali raya kena balik umah mertua...alasan:takde anak lain yg balik

    ReplyDelete
  6. Nafisa - oh mcm tu plak?? hehe.. takpe la tu.. at least tak la seteruk kes dianakmenantutirikan... betul tak?

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.