Ralat rasa kerana tidak mampu menjawab persoalan seorang teman dengan ulasan yang lebih menenangkan hatinya waktu beliau memerlukan I dua hari lepas kerana ketika itu I sedang sibuk memunggah bagasi ke dalam bonet. So, sementara I menunggu anak-anak bersiap untuk breakfast ni, boleh la I berangan jadi Datuk Fadzilah kejap untuk mengkaunselingkan beliau dan mungkin untuk anda yg senasib denganya... Kaunseling a.k.a brainwash.. :D
Persoalan Puan Peroz (bukan nama sebenar).
"Apa pendapat you Miss Mirror, Suami I ni tetiba je belikan I itu dan ini... I rasa something.."
"Dia belikan U apa Puan Peroz?" Soalku.
"Minggu lepas Dee (bukan nama sebenar) tukarkan kereta buruk I tu, then pastu tak pernah2 tetiba ajak I shopping dari pagi sampai ke malam belikan set rantai, belikan I baju..macam2 dia belikan...ihhhh... I rasa tak sedap ati la, jangan2 dia nak tutup sesuatu, dia cover dengan sesuatu "
"Ish you ni Puan Peroz.. tak kan la.. Kalau betul hubby U ada orang lain, tentu duit dia habis buat org tu... dan takde kemampuan untuk belikan U macam-macam" Jawabku dengan harapan beliau akan berasa lebih tenteram. Sebenarnya pun I baru je terbaca kat satu forum rumahtangga antara simptom2 kecurangan suami ialah bilamana duit asyik tak cukup je.. haha... entah betul ke tak tu wallahualam la kan, I cuma membaca saja ye.
"Tapi U jgn silap, duit dia memang banyak.. tak akan habis setakat nak belikan semua-semua tu". Puan Peroz memberikan hujahnya.
"Entah2 dia baru terinsaf kot Puan Peroz?" I tetap ingin cuba menyelamatkan keadaan supaya beliau akan segera tenang dan dapat berposing di atas sofa mewah yang baru dihadiahkan oleh suaminya itu dengan hati yang riang tanpa keraguan. Perbualan terhenti di situ kerana I terpaksa ring off sebab "supir" I suruh I chek "cheklist" takut ada barang-barang yang tertinggal untuk dibawa holiday.
"Entah2 dia baru terinsaf kot Puan Peroz?" I tetap ingin cuba menyelamatkan keadaan supaya beliau akan segera tenang dan dapat berposing di atas sofa mewah yang baru dihadiahkan oleh suaminya itu dengan hati yang riang tanpa keraguan. Perbualan terhenti di situ kerana I terpaksa ring off sebab "supir" I suruh I chek "cheklist" takut ada barang-barang yang tertinggal untuk dibawa holiday.
Ada udang di sebalik mee? Entah ler kan... korang ada idea tak untuk menjawab kemusykilan kawan I ni.. Pada I plak begini "apa yang kita fikir adalah doa, so fikirkan yang baik-baik saja". Kita ni isteri kan ada satu keajaiban yang Allah lengkapkan pada diri kita iaitu "instinct". So, gunakan la pancaindera keenam itu bila menghadapi saat2 ragu seperti ini dan serahkan segalanya kepada Allah. Kalau asyik buruk sangka je pun boleh merosakkan perhubungan, so lebih baik berbaik sangka dari terus menjerat diri dengan pelbagai konflik yang adakala didalangi oleh tipu muslihat syaitan.
Ok salam ceria semua.... lapar dah perut ni, harap2 pihak hotel masak yg sedap2 la pagi ni.
Ok salam ceria semua.... lapar dah perut ni, harap2 pihak hotel masak yg sedap2 la pagi ni.
P/S : Susah gak jadi kawan I ni... dah disaluti kemewahan tapi hatinya tak pernah tenang.
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.