Resepi lobster berkeju... sila scroll down.
Ada apa dengan gambar ini? - KLIK SINI
Terpaksa la buat mcm ni kan..... sebab ada kroni2 I
yg elergi sikit dgn entry2 resepi ni, so bagi
dia baca entry lain je..
Lobster With Cheese Recipe
Seketul Lobster - dibersihkan, buang urat belakang dan dibelah spt dlm photo di atas, make sure buang otak dia (dlm kepala dia tu).
Bawang putih - dlm 7 biji - tumbuk lumat
Butter - potong2.
Garam
lada sulah
Hirisan lemon
Parutan lemon (tapi kami takde lemon, kami ganti dgn lemon paste).
Cheese (yg selalu utk buat topping pizza tu)
Bay leave - koyak2kan
Parsley leave
Cara
1) Sumbat butter ke dalam isi belakang lobster... bubuh bawang putih yg telah ditumbuk lumat tadi. Taburkan garam ke sekeliling lobster tersebut.
2) Perahkan lemon ke atasnya.
3) Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 minit.
4) After 30 minit bukak oven - bubuh cheese ke atas lobster
5) Bubuh juga parsley. Bakar lagi selama 10 minit atau hingga masak.
SIAP!!! Memang sedap!!! Wah puji masakan sendiri :P
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.