Topik rumahtangga hari ini ialah "Gaduh Balik Kampung".
Kejap je masa berlalu, alih-alih dah abis pun cuti persekolahan.... sedihnya rasaaaa. Terpaksa berpisah dengan anak dara I yg akan pulang ke hostelnya. Biasa la tu kan... nanti mereka dah kawin pun kita terpaksa jugak berpisah.
Teringat keluhan seorang forumer yang meng'inbox I baru-baru ini :
"Itulah Kak masalah saya, suami saya ni terlalu mementingkan dirinya sendiri, selalu asyik balik rumah dia je. Rumah saya....jgn harap dia nak balik, raya pun selalu beraya rumah dia. Hari tu pakcik saya meninggal pun dia tak nak balik. Kenapa la suami saya zalim sangat Kak, malang sungguh nasib saya"
Alahai sedihnya keluhan awak ni... Sebenarnya awak tak la terlalu malang mana pun kalau nak dibezakan dengan suami-suami yang suka menduakan isteri di luar sana tu. Masalah itu masih dalam kategori masalah biasa yg boleh ditangani. Cuma tu la, awak kena la banyak bersabar, mudah-mudahan dengan kesabaran awak tu Allah akan ganti dengan pelbagai nikmat lain yg tidak terfikir oleh akal... Percayalah cakap Miss Mirror ni.
Boleh jadi kalau awak terlalu kerap balik rumah emak awak pun... entah-entah awak ada terkasar bahasa dengan orang tua tu, dah dapat dosa derhaka ke.. mana la tau kan... kita cuma manusia yg tak dapat meneka apa hikmah yg tersembunyi di sebaliknya. Hanya Allah yg lebih mengenal hati hamba-hamba-Nya.
Raya? Sedih? Ooo itu memang ler... tapi tak kan la hubby awak langsung tak boleh nak bertoleransi dalam hal ini. Kalau macam tu, awak kena la belajar menjadi seorang yg redha. Banyak lagi perayaan2 besar yg awak boleh balik ataupun sekali sekala suruh la emak awak buat kenduri dan jemput sedara mara ala2 reunion dgn adik beradik yg awak termiss berjumpa di hari raya.
Kesimpulannya, jadi wanita memang kena banyak mengalah, kena banyak berkorban. Apa salahnya berkorban sedikit untuk insan yg you sayang. Akan tiba harinya dia berlembut hati dan mendengar rintihan hati awak.
Punca-punca lelaki tak suka balik rumah mertua :
1) Komitmen terhadap keluarga sendiri - maybe dia anak sulung, anak bongsu atau anak lelaki tunggal dlm keluarga.
2) Segan kot - nanti tak boleh nak tido melengkar-lengkar.. ipar duai ramai pompuan.
3) Bosan - lelaki secara umumnya bukan macam kita pompuan.. bosan2 bleh main masak2 kat dapur, terperap dlm bilik, gossip2 ngan mak mentua.. kan?
4) Takde gang - kalau ada biras dan ipar duai yg sebulu - maybe hal ini bukan satu masalah.
5) Memang dia menyombong dan ego! - Nauzubilahiminzalik... ada ke yg mcm ni?
Semoga jawapan ini dapat memuaskan hati forumer tadi. Entah korang, ada jawapan2 lain tak yg lebih bernas?
Mesti ada yg berbisik dalam hati : " Miss Mirror cakap memang la senang.... sebab dia tak mengalaminya sendiri, kawin pun dapat jejaka satu daerah - pegi pagi balik petang pun sempat Dik Non."
redho...kene layan mak mertua lebih atau sama ngan mak sendiri..syurga suami masih lagi dibawah tapak kaki ibunya..:)
ReplyDeleteharap2 sy xde la jd gni nnti
ReplyDeleteATY - ya I setuju dgn You.. redho saja, mudah2an pengorbanan itu terganti dgn satu kebaikan yg tidak disangka2.
ReplyDeleteALINAC - mudah2an.. amin.