Sunday, June 17, 2012

Resepi Rendang Cili Padi ala 5 STAR HOTEL!!

RESEPI RENDANG
Sapa nak baca I merepek sila scroll down sebab perenggan awal2 ni I nak taipkan satu resepi sumbangan sorang kawan I, pegawai di sebuah HOTEL terkemuka di sebuah negeri. ----> Yg I rajin sangat tulis biodata penyumbang resepi ni pehal la plak kan? Owh itu sesaja je, nak highlightkan perkataaan HOTEL tu sebenarnya.. supaya uoll tau, resepi ni bukan calang2 resepi, tapi digali dari hotel taraf2 5 bintang lagik... kekekekeke.... kalau tak sedap tu tak tau la kan.

Tapi.... malangnya, hasil yg I dpt hanyalah spt rendang2 biasa je, tak la sesedap mana pun... almaklum ler, time tu I kan baru kawin, nak persembahkan pada  Mak Mentua la kononnya.. hahaha, reraya la katakan, jam tu jugak la baru sibuk tepon kawan I yg sorang ni suruh ngendeng2 resepi dari Chef hotel tu.. maka ini la dianya :

RESEPI RENDANG AYAM CILI PADI

1 ekor ayam - dipotong 12 dan digoreng separuh masak.
20 biji bawang merah (dia kata jangan bubuh bwng putih - nanti maung.. layankan je la kan)
1 inci halia
1 inci kunyit
3 batang serai
10 batang cili padi (jika tak suka boleh pakai cili kering 10 btg)
Lengkuas - ketuk shj
2 keping asam keping
1 genggam kerisik (dari 1/2 biji kelapa)
garam
1 sb gula merah
1 biji kelapa (untuk diambil santannya - yg pekat shj)
1 helai daun kunyit.

CARA

1) Tumiskan bhn2 blender : bawang merah, halia, kunyit, serai dan cili padi dan lengkuas (yg hanya diketuk).
2) Tumis hingga naik bau dan kekuningan.
3) Tambahkan air
4) Tambahkan santan
5) Tambahkan gula merah (yg telah dilarutkan).
6) Masukkan ayam goreng tadi
7) Masukkan daun kunyit, asam keping, garam dan serbuk perasa

I dah lama tak buat rendang ikut resepi atas ni, (yg I buat untuk MIL tu la yg first and last...:D). I rasa la... kalau sekarang ni I masak sekali lagi resepi ni.. tentu lebih sedap kot.... ehem! sebab dah makin dewasa kan...hahaha.. dulu2 tu kan baru kawin.. biasa ar kan budak baru belajar. Tapi kan.. kalau guna cili basah mcm ni, ada baiknya kita tumiskan dulu bwng besar yg dihiris nipis hingga garing sebelum menumiskan bhn2 yg lain.. supaya cili tu tak maung.

Anyway, I prefer resepi rendang yg adik I masak, yg bubuh ketumbar jintan semua2 tu... u see my younger sister lagi terrror masak dari kakak dia. Takpe kenyataan itu I terima, yg pasti I lebih cun dari dia (hahaha gurau sila jgn percaya). Yang penting, my IRP bukan peminat rendang, jadi I tak perlu la kecoh2 sangat hari2 nak masak rendang. Once a year je kan.. apa susah. Tapi sebagai ibu, kita mmg harus melengkapkan diri dengan ilmu rendang merendang ni, karang anak cucu nak balik beraya rumah kita (bila kita tua nt).... ada gak air tangan kita dlm menu raya tu, takde la memanjang semua menu tunjuk2 je...  LOL...


NOTA : tapi resepi di atas bukan la dari hotel Boulevard KL yg kami baru pegi baru2 ni...
Eh punya la lama I snap gambar2 ni
sampai sekarang tak cuci2 lagi, jawabnya kena "cuci"
sebahagiannya kat blog peribadi.


Ok la nak update blog peribadi pulak..
see u..



2 comments:

  1. adah pernah buat rendang tak jadi...sebab first time pakai santan yg dalam kotak...xreti nk guna santan dlm kotak...cuba2 je..last2, xjadi..hehe

    ReplyDelete
  2. ADAH - santan kotak mmg ada yg sedap ada yg tengik.. MM pun takut klu Cik Abg tersalah beli.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.