Tuesday, June 21, 2011

RESEPI TART yg ketiga - resepi yg lebih sempurna


Dalam entry lepas kan I ada taipkan Resepi yg bertajuk " Tart Nenas Yang Tak Sempurna" khas untuk my x-roomate tu kan.... actually bukan resepi tu yg I guna tiap taun, lupa sangat... SORRY.... almaklum ler, buat pun setahun sekali, itu resepi kakak I, dia buat memang selalu jadi sedap.. I buat jadi biasa-biasa je, maybe tangan dia lebih "berajinomoto" berbanding tangan I yg gemalai bak duri landak... ahaks! (eh.. lama betul kita tak berbidalan sejak meninggalkan zaman persekolahan kan).


Setelah I geledah buku resepi I yg macam-macam kaler ni, baru la terjumpa satu lagi resepi Kuih Tart - yg ke 3, yg mana resepi ini la yg I selalu guna tiap kali menjelangnya akhir2 ramadhan...   Selamat mencuba ye!


RESEPI TART NENAS


2 cawan tepung gandum

1 cawan tepung jagung

(kedua2 tepung disangan terlebih dahulu)

2 cawan mentega

3 kuning telur

1 skop susu



Cara


1) Gaul sebati semuanya. Uli, terap - masukkan jem, bakar 170 C - 20 minit.


Jem Epal (kalau uoll suka nenas boleh la buat jem nenas)

2 biji epal hijau
10 scoope gula


Masukkan dlm periuk/kuali...panaskan hingga likat.



lapar plak tetiba, nak masak apa la arini, Cik Abang pun dah nak balik outstation petang ni, tak dapat la nak masak cincai2 macam semalam... dalam kengkonon nak  cincai2, last2 semalam I masak sayur bayam berudang dan sup daging. Tu pun anak-anak tak berapa selera nak makan, sebab selalu kerusi yg lima itu penuh, bila dah kosong satu kerusi (kerusi ayah mereka), selera mereka pun mengurang... Oh IRP ku... cepatlah pulang Lalinggg... sebelum kami menjadi kurus dan kurus sebab tak berselera makan... :'(

10 comments:

  1. Assaalam Miss Mirror.....membuak2 tu inti nenasnya, budak2 suka.

    ReplyDelete
  2. W'salam Zanafahmi, bukan je budak2, mak budak pun..

    ReplyDelete
  3. bersemangat betul MM dengan resepi2 biskut raya ni....heheh

    ReplyDelete
  4. Eh mestilah Mummy... Keterujaan menyambut raya tu kena up2kan sentiasa. Biar happy sepanjang masa... (waa mengalah budak kecik kan?)

    ReplyDelete
  5. Wahhh.. cantiknye tart tu... sya x rajin nk buat bunga camni.. buat tart gulung je...hehehe...

    ReplyDelete
  6. NURI - saya plak tak pernah buat tart gulung.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.