Wednesday, July 6, 2011

RESEPI KEK PISANG

Resepi Kek Pisang



Bila kita memasak sesuatu yg bukan favourite kita, semangat nak buat tu macam kureng je kan? Tapi nampaknya resepi dari Sudipkayu (nama blog beliau Sudipkayu) semangat nak membuat membuak2 pulak... ternyata tidak la menghampakan sebab bila kek ini ditaburi dengan badam cincang, ia menjadi lebih sedap. Dapat pun menghabiskannya 2,3 potong tadi.

Bahan-bahan

7 biji pisang

1 cawan minyak masak
2 sudu kecil soda bikarbonat
5 biji telur
2 cawan gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
3 cawan gandum

Cara-cara
Blend pisang hingga hancur, masukkan minyak dan soda bikarbonat. Gaul sebati kesemuanya. ( Adunan ini kita namakan sbg Bahan A)

Pukul telur dan gula menggunakan mixer. Masukkan bersama esen vanilla . Kemudian masukkan adunan pisang tadi (Bahan A) ke dalam adunan ini.
.
Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga rata
Masukkan ke dalam loyang yang telah dilengserkan.. guna loyang yg besar, jgn sampai isi penuh, nanti kek jadi tebal dan susah nak masak.
Taburkan hirisan badam cincang. Sedia untuk dibakar 180 C ( 25 - 30 minit)



(Jgn lupa undi MISS MIRROR utk kategori di atas  undian bermula 23 Apr -13 May 2012...tq)

2 comments:

  1. MM,telan liur je lihat kek pisang tu.mesti sodap kan..

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...