Tuesday, July 5, 2011

RESEPI CARROT CAKE a.k.a KEK LOBAK MERAH

Resepi Kek Carrot (tak ingat la sapa yg bagi resepi ni, Rosmah AF kot... sorry kalau tersilap).

400 gram carrot (disagat halus)
1 tin nenas (dipotong dadu)
150 gram gula pasir
200 ml minyak jagung
150 gram tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
2 st serbuk penaik
4 biji telur

Cara

1) Campurkan carrot dan nenas - gaulkan bersama tepung, soda bikarbonat dan baking powder hingga adunan sebati.

2) Then masukkan minyak dan telur yg telah dipukul. Gaul sebati.

3) Bila siap - masuk acuan dan masak pada suhu 150 C - 155 C (45 - 50 minit).





lebih selesa untuk mengguna gambar sendiri, maka
gambar2 kuih raya yg tak de kena mengena dgn tajuk ni I uploadkan....
My Sil kot yg bagi semua ni... lupa plak nk tanya IRP...
alih2 pepagi bangun dah ada atas meja..



Ini pulak pisang pemberian seseorang... tgh fikir2 nak
masak sesuatu yg best..

Menggunakan gambar2 milik sendiri memang rasa lebih secure, lebih selesa. Tapi kan.. kekadang tak lari dari melalui kenangan pahit manis. Ada sekali tu kan, baru je I muncungkan lens kamera, tetiba ada orang say "No...no no.. no camera". Hahaha... padan muka aku. Tau je la kan, camera I ni walau tak la besar gedabak, tapi mana boleh disorok, lagipun niat asal bukan nak main curi2 candid pun, kalau tak rela, I tak kisah, itu memang dah standby dah kat fikiran ni.... tapi pelik pulak... bukannya muzium pun sampai tak bagi orang ambik gambo. Sekadar jual baju fesyen koyak2 pun nak main rehsia-rehsia... tak paham la Mek.. dah la, tak mo la gi kedai tu lagi, apatah lg nak rekomen kat korang. Black list dah ;D

Ada jugak yg baik hati, memberikan kerjasama, malah makin diperindahkan lagi sesuatu prop yg hendak I snap tu.. Baik betul Ah Kaw tu.. macam tau2 je yg I nak bagi promosi percuma pada produk2nya. Ha mcm tu la baru best kan..


2 comments:

  1. yer ar u..memang biase macam tu..pernah sekali gi kat jalan TAR.. macam biase suker2 nak amik gambo kat kedai orang... ade sorang minah nih..marah kate tak ley amik gambo..siap mintak ai delete lagi gambo2 yang dah amik kat kedai die..apekah..!![geram]..bukan butik pown tau... hanye gerai kecik depan masjid india yang jual baju2 ala2 jer..*sigh... tak hengen nak masuk gerai die lagi...

    ReplyDelete
  2. ATY - eh kesiannya awak. Kekadang rasa pelik kan, kenapa la kedekut sgt sampai mcm tu sekali. Kan byk baik dr buruknya, at least kita promosikan kedai mereka. Meh la kita blacklistkan seumur hidup org2 Pak Bakhil mcm tu.. (cehh menghasut plak saya.. hehe).

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...